5.14 Penyesuaian Fisiologi Terhadap Senaman
HASIL PEMBELAJARAN
(a) memerihalkan penyesuaian fisiologi terhadap komponen kardiovaskular seperti penurunan kadar denyutan nadi rehat, penurunan kadar nadi kerja pada tahap kerja yang sama, peningkatan kapasiti kerja, dan pengurangan masa pemulihan;
(b) memerihalkan penyesuaian fisiologi terhadap otot seperti peningkatan saiz/jisim otot, peningkatan kekuatan dan daya tahan otot, peningkatan kapasiti kerja, dan pengurangan masa pemulihan.
Pengenalan
Fisiologi - Fisiologi adalah satu bidang kajian berkenaan tubuh badan / organ tubuh / sistem tubuh.
Penyesuaian fisiologi - bagaimana fisiologi disesuaikan dengan senaman yang akan kita lakukan.
Bagi membolehkan penyesuaian fisiologi berkenaan dapat dicapai maka senaman fizikal harus dilakukan secara berterusan bagi mencapai penyesuaian fisiologi yang maksimum.
Senaman Fizikal berterusan akan memberi faedah terhadap fisiologi iaitu:-
Membantu meningkatkan komponen kardiovaskular.
Membantu meningkatkan komponen otot
(a) Memerihalkan Penyesuaian Fisiologi terhadap komponen KARDIOVASKULAR
Untuk mencapai penyesuaian senaman terhadap komponen kardiovaskular, sesi latihan kardiovaskular berpanjangan selama 8 hingga 12 minggu perlu dilakukan.
Kesan daripada latihan tersebut:-
i. Penurunan kadar denyutan nadi rehat (KNR)
Denyutan Kadar Nadi Rehat yang rendah lebih cergas berbanding Kadar Nadi Rehat yang lebih tinggi.
Kadar Nadi Rehat merupakan indikator kecergasan fizikal seseorang.
ii. Penurunan kadar nadi kerja pada tahap kerja yang sama;
Kadar Nadi Kerja lebih rendah ketika melakukan kerja pada intensiti yang sama.
Keupayaan melakukan kerja lebih rendah pada intensiti yang sama adalah hasil peningkatan kekuatan jantung / ventrikel kiri mengepam darah beroksigen ke otot yang bekerja.
Peningkatan kekuatan jantung mengepam darah beroksigen ke otot-otot.
Stroke volume (sekali pam) atau isipadu stroke meningkat
Cardiac output atau keluaran jantung meningkat.
Melambatkan keletihan / kelesuan
iii. Peningkatan Kapasiti (kemampuan) Kerja
Bekalan darah beroksigen ke otot-otot meningkat.
Membolehkan otot-otot berkontraksi lebih lama.
Maka kadar kerja yang mampu dilakukan oleh otot lebih lama.
iv. Pengurangan masa pemulihan
Kadar nadi akan kembali kepada normal dengan lebih cepat.
Pemulihan lebih cepat.
Aktiviti dapat diteruskan.
(b) Memerihalkan Penyesuaian Fisiologi terhadap OTOT
Senaman fizikal yang berterusan akan memberi pelbagai faedah terhadap fisiologi otot. Penyesuaian fisiologi terhadap otot adalah seperti berikut:-
Peningkatan saiz atau jisim otot;
Peningkatan kekuatan dan daya tahan otot;
Peningkatan kapasiti kerja;
Pengurangan masa pemulihan
i. Peningkatan saiz atau jisim otot
Lebih banyak tenaga dapat dijana.
Otot berupaya bekerja dalam tempoh masa lama.
ii. Peningkatan kekuatan dan daya tahan otot
Kapasiti / kemampuan melakukan kerja meningkat.
Risiko kecederaan otot berkurangan.
Otot menjadi lebih kuat.
iii. Peningkatan kapasiti kerja
Otot berupaya bekerja dalam tempoh lama tanpa cepat lesu.
Peningkatan oksigen dalam otot.
iv. Pengurangan Masa Pemulihan
Kembali aktif dalam tempoh yang singkat selepas kecederaan.