4.7 Penokok Diet (dietary supplement) dan Prestasi Sukan
HASIL PEMBELAJARAN
(a) mentakrifkan penokok diet;
(b) menyenaraikan bentuk penokok diet (cecair, gel, dan pepejal (bar));
(c) menjelaskan kesan tokokan karbohidrat, protein, dan minuman sukan terhadap prestasi sukan.
PENOKOK DIET
Makanan mempengaruhi kecergasan atlet.
Ahli sukan digalakkan mengambil makanan yang mengandungi hampir semua nutrien makanan kecuali makanan yang terlalu berlemak.
Atlet perlu mengambil penokok diet untuk mengimbangi diet.
Penokok diet ialah produk makanan yang boleh membantu membekalkan keperluan karbohidrat dan protein dalam badan atlet.
(a) Takrifan Penokok Diet
Apakah itu penokok diet???
Makanan tambahan atau suplemen makanan yang bertujuan meningkatkan prestasi.
Penokok diet tidak mempunyai kesan sampingan berbeza dengan penokok sintetik.
Diambil melalui mulut (bukan melalui suntikan)
(b) Menyenaraikan Bentuk Penokok Diet
Penokok diet boleh diambil dalam bentuk:-
tablet,
serbuk,
gel - tindakbalas pantas membekalkan tenaga
cecair - tindakbalas pantas membekalkan tenaga
pepejal (bar).
(c) menjelaskan kesan tokokan karbohidrat, protein, dan minuman sukan terhadap prestasi sukan.
Tokokan Karbohidrat:-
Cara pemakanan sukan untuk acara-acara yang berbentuk daya tahan seperti marathon.
Makanan berkarbohidrat diambil dalam jumlah yang banyak sebelum pertandingan.
Atlet yang mengamalkan tokokan karbohidrat mempunyai simpanan tenaga yang banyak untuk mengelak daripada mengalami kelesuan semasa bertanding.
Tokokan karbohidrat adalah:-
Sumber tenaga utama.
Ia akan meningkatkan glikogen endrogen.
Menangguhkan keletihan
Tokokan Protein:-
Meningkatkan pengekalan nitrogen
Nitrogen adalah salah satu komponen badan utama, diperlukan untuk sintesis protein dan penghasilan beberapa sebatian nitrogen seperti hormon, neurotransmitter, dan komponen pertahanan antioksidan.
Meningkatkan jisim tubuh badan tanpa lemak