Kumpulan J 

 Zoom Live

J1. Penggunaan Teknik akronim KASIH dan Penilaian Formatif bagi Meningkatkan Kefahaman.

Sinopsis

Pembentang akan berkongsi Teknik Akronim K.A.S.I.H dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu untuk meningkatkan pemahaman pembacaan pelajar. Setiap huruf dalam akronim ini mewakili unsur-unsur tertentu yang perlu diberi perhatian. Kajian ini juga meneroka aspek penilaian (Assessment Literacy) yang menggunakan maklum balas sebagai instrumen penilaian formatif dalam pengajaran Bahasa Melayu. Dengan menggunakan teknik Akronim K.A.S.I.H dan instrumen penilaian formatif, proses pembelajaran dan pemahaman bahasa Melayu dapat ditingkatkan dengan lebih efektif dan menyeluruh.

Pembentang

Noraishah Mostapa

Sekolah

Sekolah Menengah Meridian

J2. penerapan taksonomi solo untuk mempertingkatkan kemahiran penulisan karangan naratif.

Sinopsis

Pembentang akan berkongsi tentang keberkesanan penggunaan senarai semak taksonomi SOLO untuk mengenal pasti elemen naratif (LWP-KH) dalam usaha meningkatkan kemahiran pelajar Darjah 5 menulis karangan. Kajian ini menyelidik sejauh mana penilaian kendiri yang berpandukan senarai semak dan elemen naratif (LWP-KH), dapat membantu pelajar meningkatkan kebolehan mereka mengarang. Kajian ini bersifat kuasi-eksperimen dan menggunakan reka bentuk praujian dan pascaujian tanpa kumpulan kawalan, serta menggabungkan penggunaan data kuantitatif dan kualitatif. Sampel kajian terdiri daripada 28 pelajar Darjah 5. Dapatan awal menunjukkan bahawa kesemua pelajar dapat membuat penilaian kendiri untuk merancang pelan karangan dengan mengenal pasti elemen naratif (LWP-KH). Hal ini jelas memberi impak kepada keupayaan menjana isi cerita dan memperbaik penggunaan bahasa dalam karangan pelajar.

Pembentang

Manisah Osman

Sekolah

Sekolah Rendah Yio Chu Kang

J3. Meneroka Kemahiran Menulis Melalui Lensa Google Earth.

Sinopsis

Pembentang akan berkongsi tentang kaedah memanfaatkan teknologi dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu. Kaedah penggunaan alat ICT Google Earth dalam penulisan karangan naratif-deskriptif memberi kesan yang positif sebagai perancah untuk membantu para pelajar dalam proses penulisan. Akan dikongsi juga bagaimana para pelajar memanfaatkan alat ICT Google Earth ini untuk mendapatkan idea untuk menulis karangan naratif-deskriptif yang menjadi cabaran dalam kelas penulisan disebabkan pengalaman serta kosa kata pelajar yang terhad.

Pembentang

Diana Farhana Zulkifli Kaspari

Sekolah

Sekolah Menengah Kent Ridge