Kumpulan i 

 Zoom Live

i1. Penggunaan Rutin Berfikir Permainan Penerangan dalam Pengajaran Kata Adjektif.

Sinopsis

Pembentang akan berkongsi tentang keberkesanan penggunaan Rutin Berfikir Permainan Penerangan dalam pengajaran Kata Adjektif. Rutin Berfikir Permainan Penerangan digunakan untuk meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengenal pasti penggunaan kata adjektif yang tepat dalam ayat. Rutin ini juga membantu pelajar untuk menerangkan objek yang dilihat dengan menggunakan kata adjektif yang betul.

Pembentang

Ruhaidah Rahmat

Sekolah

Sekolah Rendah Fengshan

i2. Penggunaan Senarai Semak untuk Meningkatkan Kualiti Penulisan Naratif.

Sinopsis

Pembentang akan berkongsi tentang penggunaan senarai semak untuk membantu pelajar menilai penulisan naratif. Dua senarai semak telah dihasilkan untuk meneliti hasil penulisan pelajar dan memberikan panduan untuk menangani masalah penulisan yang dihadapi oleh pelajar. Dua senarai semak tersebut saling menyokong dalam membantu pelajar menjadi lebih peka akan proses pembelajaran yang dilaluinya. Apabila sudah mampu berfikir secara kritikal, pelajar dapat membuat penilaian penulisan naratif dengan lebih baik secara kendiri dan dengan rakan sebaya.

Pembentang

Nur Alinah Ali

Sekolah

Sekolah Menengah West Spring

i3. MENINGKATKAN PEMBELAJARAN PERIBAHASA PELAJAR P3 DENGAN PENGGUNAAN VIDEO MUZIK.

Sinopsis

Pembentang akan berkongsi tentang penggunaan muzik video dalam pelajaran peribahasa bagi pelajar Darjah 3. Seringkali didapati pelajar menghadapi kesukaran menghafal dan mengaitkan peribahasa dengan maknanya. Pendekatan ini telah dipilih berdasarkan guru-guru yang berpendapat pelajar Darjah 3 ini telah menunjukkan kecenderungan menyanyi dalam pembelajaran seharian. Justeru, penggunaan bahan audio-visual menyuntik keseronokan dalam pembelajaran peribahasa sekaligus membantu pelajar untuk menghafal peribahasa dengan lebih berkesan.

Pembentang

Siti Aishah Junaidi dan Siti Zubaidah Shaik Ibrahim

Sekolah

Sekolah Rendah Ahmad Ibrahim