Kumpulan f 

 Zoom Live

G1. Penggunaan Penyusun Grafik bagi Meningkatkan Pemahaman Rangsangan Grafik.

Sinopsis

Pembentang akan berkongsi tentang penggunaan Penyusun Grafik untuk menguasai pemahaman serta kemahiran pelajar meneliti dan menjawab soalan rangsangan grafik. Pelajar diperkenalkan dengan teknik TTI (Tema, Tujuan dan Informasi) untuk membantu mereka memberi fokus kepada perkara utama yang terdapat dalam komponen Rangsangan Grafik. Dapatan kajian menunjukkan adanya peningkatan pemahaman serta kemahiran pelajar menjawab soalan Rangsangan Grafik.

Pembentang

Norashikin Mohamed Ali dan Mohamed Anuar Mohamed Sahri

Sekolah

Sekolah Rendah Yu Neng

G2. Meningkatkan Kemahiran Menulis Melalui Penilaian Patchwork.

Sinopsis

Pengkaji akan berkongsi tentang Penilaian Patchwork yang dapat membantu pelajar untuk menghasilkan penulisan karangan yang bermutu. Ini penting kerana pelajar kerap menghadapi kesukaran dalam membuat kaitan, terutamanya dalam penulisan teks prosa seperti e-mel rasmi dan karangan ekspositori. Turut dikongsi sama ialah Penilaian Patchwork yang merupakan satu kerangka penilaian formatif yang memfokuskan pembelajaran berproses, membolehkan pelajar menerima maklum balas yang konstruktif dan mengenalpasti kelemahan. Pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kognitif seperti refleksi dan interpretasi melalui penilaian kendiri dan rakan sebaya.

Pembentang

Lila Salleh dan Muhammad Herwanto Johari

Sekolah

Sekolah Menengah Naval Base

G3. Penggunaan Bahan Manipulatif untuk Membina Pengetahuan Mengenal Abjad.

Sinopsis

Pembentang akan berkongsi bagaimana penggunaan bahan manipulatif sebagai alat pembelajaran telah dapat meningkatkan keupayaan pelajar mengenal huruf dalam abjad. Penggunaan bahan manipulatif yang digunakan membolehkan pelajar bermain sambil meneroka dan mengukuhkan pengecaman huruf-huruf tersebut. Selain itu, penggunaan bahan manipulatif telah dapat meningkatkan motivasi pelajar praaras kebolehan dalam proses pembelajaran mereka. Aktiviti ini juga telah dapat membina motor halus pelajar dengan lebih baik.

Pembentang

Noraini Karsani dan Hartini Abdul Rahman

Sekolah

Sekolah Rendah New Town