Kumpulan A 

 Zoom Live

A1. Keberkesanan Pendekatan UDL Bagi Meningkatkan Penguasaan Peribahasa.

Sinopsis

Pembentang akan berkongsi tentang pendekatan Reka Bentuk Universal (Universal Design for Learning - UDL) bagi pembelajaran untuk menggalakkan pendidikan yang inklusif melalui reka bentuk pengajaran yang bernas, menarik dan fleksibel. Pendekatan ini diterapkan untuk menggalakkan pelibatan pelajar dan menjadikan pengajaran peribahasa lebih menarik dan bermakna. Ketiga-tiga prinsip utama UDL dijadikan panduan ketika guru-guru menghasilkan pakej pengajaran manakala alat ICT seperti aplikasi ClassPoint dan fitur-fitur di SLS adalah antara bahan pengajaran utama yang digunakan bagi menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih menyeluruh.

Pembentang

Supina Taib dan Noor Ratnawati Osman

Sekolah

Sekolah Rendah Innova

A2. Penggunaan TikTok SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR Karangan Naratif.

Sinopsis

Pembentang akan berkongsi tentang sejauh mana keberkesanan video ciptaan pelajar yang bertemakan peribahasa yang dimuat naik ke wadah TikTok, menjadi alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran karangan naratif. Pendekatan sistematik Model ADDIE telah diguna pakai untuk mereka bentuk pengajaran yang memenuhi keperluan pembelajaran pelajar yang berbeza. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan video TikTok ciptaan pelajar berjaya menyokong pemahaman pelajar tentang peribahasa dalam pelajaran menulis karangan naratif. Selain itu, penerapan TikTok merangsang pembelajaran kolaboratif di dalam bilik darjah.

Pembentang

Dr. Fawziyah Ali dan Noranika Murni Dol Karim

Sekolah

Sekolah Menengah Compassvale

A3. Keberkesanan Penggunaan Choice Board dalam Mengukuhkan Kosa Kata.

Sinopsis

Pembentang akan berkongsi menggunakan salah satu teknik Pengajaran Pembezaan (DI), Choice Board, untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk memilih aktiviti yang mereka minat untuk mempelajari kosa kata. Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar dapat memahami dan menggunakan kosa kata yang berkaitan dengan setiap unit dalam konteks yang betul.

Pembentang

Mahirah Mohd Thoimi dan Hairani Asri

Sekolah

Sekolah Rendah Punggol