Kumpulan D 

 Zoom Live

D1. Pelaksanaan Rutin Berfikir dalam Pembelajaran Imbuhan.

Sinopsis

Pembentang akan berkongsi tentang pembelajaran imbuhan yang dijalankan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembinaan kata terbitan dan imbuhan. Daripada pemerhatian guru, pelajar tidak mampu mengenal pasti perkataan berimbuhan yang sesuai dalam ayat dan membentuk kata terbitan yang tepat. Oleh itu, guru menerapkan strategi rutin berfikir Kaitkan-Luaskan-Cabaran untuk menyokong pelajar memilih penggunaan imbuhan yang sesuai dan meningkatkan keseronokan dalam pembelajaran imbuhan menerusi pembelajaran secara aktif.

Pembentang

Zaimah Mohd Ali dan Zahidah Abdul Rahman

Sekolah

Sekolah Rendah Punggol Green

D2. Meningkatkan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dalam Penulisan Karangan Naratif Menggunakan KBAT.

Sinopsis

Pembentang akan berkongsi tentang dapatan kajian menggunakan teknik penyoalan untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dalam penulisan karangan naratif. Pelajar dibimbing menggunakan ‘Panduan Soalan-Soalan untuk Karangan Naratif’ untuk berfikir secara kritis supaya mereka dapat menghasilkan idea-idea yang lebih mendalam dan menarik menggunakan teknik penyoalan Tiga Aras yang diperkenalkan oleh Arthur Costa. Kaedah kualitatif digunakan bagi praujian dan pascaujian untuk meneliti dan menilai mutu karangan yang dihasilkan.

Pembentang

Mohamed Fazil Aris dan Khairunnisa Zulkifli

Sekolah

Sekolah Menengah Woodlands

D3. Penerapan e-Pedagogi dalam Pengajaran Pembezaan untuk Meningkatkan Pengajaran Kosa Kata.

Sinopsis

Tahap keupayaan dan kerencaman profil pelajar sering menjadi antara cabaran utama para guru semasa merancang dan menyampaikan pengajaran. Tambahan, ada antara pelajar kini merupakan bukan penutur jati dan ramai berasal dari keluarga yang bertutur dalam bahasa Inggeris sahaja. Hal ini menyebabkan penguasaan kosa kata mereka menjadi terhad, lantas menjejas kemahiran bertutur mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah Pengajaran Pembezaan melalui permainan bahasa dalam meningkatkan penguasaan dan mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran kosa kata pelajar. Dua jenis permainan bahasa iaitu Wordwall dan Kahoot digunakan untuk pembelajaran secara kendiri dan penilaian formatif. Melalui kajian ini, diharapkan agar pelajar menjadi lebih bermotivasi dan yakin untuk menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan dan turut bersikap proaktif serta lebih terarah kendiri dalam pembelajaran mereka.

Pembentang

Sukainah Mohamed Mohsen dan Nur Ashiqin Mohamed Salleh

Sekolah

Sekolah Rendah North Vista