Tatang Lambung
Tatang Tanduk
Tatang Silang
Tatang Depa
Genggam Ruas merupakan pergerakan seperti menggenggam sesuatu. Gestur pada pergerakan ini hanya dilakukan oleh penari lelaki. Terdapat dua posisi pergerakan Genggam Ruas yang boleh dilakukan iaitu:
1) Genggam Ruas tangan digenggamkan bersama.
2) Genggam Ruas tangan diasingkan. Kedua-dua posisi tangan ini diletakkan di hadapan tubuh badan.
Pergerakan Cucuk
Terdapat dua pergerakan cucuk iaitu Cucuk Hadapan dan Cucuk Berganda. Pergerakan ini seperti mencucuk ke hadapan secara berganda iaitu cucukan yang dilakukan secara berselang-seli bermula dengan tangan kanan dan diikuti dengan tangan kiri.
Pergerakan Simpul-simpul Kecil
Pergerakan Simpul-simpul Kecil dilakukan dengan kiraan satu sehingga empat. Putaran kecil pada pergelangan tangan dilakukan dengan kawalan yang cekap untuk menghasilkan pergerakan ini.
Simpul–simpul Besar ialah pergerakan tangan yang direntang dengan satu putaran besar dilakukan pada tangan kanan dahulu lalu diikuti dengan tangan kiri ataupun kedua-dua tangan digerakkan sekali, contohnya adalah seperti Gerak Sembah dalam Tarian Piring Merbau
Terdapat tiga cara pergerakan cedok iaitu Cedok Depan, Cedok Dalam dan Cedok Luar.