Tarian Piring merupakan tarian rakyat yang berasal dari Negeri Sembilan. Tarian Piring Negeri Sembilan mencerminkan identiti masyarakat Minangkabau Negeri Sembilan. Pergerakan asas dalam tarian ini bertemakan kehidupan masyarakat tersebut yang menjalankan aktiviti harian seperti bercucuk tanam, bersawah, berkebun dan memasak. Nama Tarian Piring diperoleh daripada penggunaan piring sebagai props dalam tarian tersebut. Iringan muzik dalam persembahan Tarian Piring Negeri Sembilan ini dikenali dengan Lagu Tarian Piring Merbau.
SEKILAS FAKTA................
Tarian Piring merupakan tarian yang ditarikan oleh sekumpulan wanita cantik yang berpakaian suku Minang yang berjalan sambil menari menggunakan piring. Kumpulan wanita tersebut membawa piring yang berisi makanan untuk disajikan kepada para dewa. Selepas penyebaran Islam di Sumatera Barat, Tarian Piring tidak lagi dipersembahkan untuk hiburan dewa. Kini, Tarian Piring diteruskan tetapi hanya dipersembahkan dalam majlis keramaian sebagai hiburan masyarakat umum seperti majlis perkahwinan.