Props dalam persembahan Tarian Piring Negeri Sembilan yang biasa digunakan ialah piring tembikar berbanding dengan Tarian Piring dari Sumatera, Indonesia yang menggunakan piring dan cincin sebagai props. Jenis piring tembikar yang digunakan ialah piring saiz sederhana. Penari akan memegang dua biji piring yang diletak pada bahagian atas telapak tangan. Posisi ini dipanggil menatang piring. Cara tersebut merupakan asas kepada memegang piring dalam tarian ini. Kemudian, penari menari menggunakan piring dengan melakukan gerak mengikut irama muzik yang mengiringi tarian.