Assalamualaikum kami ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kursus Bahasa Melayu Komunikasi (BKI 10203) pada kali ini. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kami telah diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan.
Pada kali ini, kami telah diberi tugasan untuk membina google site mengenai tajuk yang kami pilih iaitu Leksikal Hati Dalam Simpulan Bahasa. Setelah bersepakat untuk mengkaji tentang tajuk ini, kami mengagihkan tugasan secara sama rata kepada setiap ahli kumpulan. Melalui kajian ini juga, kami telah memperoleh banyak maklumat dan ilmu pengetahuan yang baru dalam bidang bahasa berkaitan semantik seperti kajian mengenai skrip, resonans dan inkuisitif. Kami telah melayari internet untuk mencari bahan ilmiah seperti artikel dan jurnal supaya proses untuk menyiapkan tugasan ini berjalan dengan lancar. Seterusnya, tugasan ini juga telah memberi kefahaman kepada kami bahawa bukan sahaja bahan cetak yang boleh dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan malahan bahan multimedia juga boleh digunakan.
Di samping itu, tugasan ini telah memberi kami suatu pengalaman yang berharga di mana terdapat pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang menyiapkannya seperti masalah dalam pembinaan google form untuk mendapatkan maklumat tentang responden dan kesukaran dalam mencari fakta-fakta yang tepat bagi kajian ini. Namun, halangan-halangan ini merupakan semangat bagi kami untuk sentiasa berusaha agar tugasan ini dapat diselesaikan dengan jayanya. Melalui tugasan ini, kami dapat membuat kesimpulan bahawa segala masalah boleh diatasi sekiranya kita berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dengan ahli kumpulan yang lain.
Akhir kata, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan disertakan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Sharipah Nur Mursalina Binti Syed Azmy, selaku pensyarah kursus Bahasa Melayu Komunikasi (BKI 10203) yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami semua bagi menyempurnakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekumpulan yang telah bertungkus-lumus dalam menyelesaikan tugasan ini. Terima kasih juga kami ucapkan kepada individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam pembinaan google site ini.
Sekian.
1) Zaatil 'Ulya bt Alazmi (068824)