Kaedah analissi data : Google Form
BAHAGIAN A : ANALISIS DEMOGRAFI
Carta pai di atas menunjukkan hasil kutipan data bagi setiap daripada responden. Hasil kutipan data kajian telah merekodkan 70.9% respon ialah responden daripada kalangan perempuan. Responden daripada kalangan ini lebih ramai berbanding responden lelaki iaitu sebanyak 29.1% sahaja. Selain itu, terdapat beberapa kaum yang telah membantu dalam kajian ini, antaranya ialah kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi. Statistik menunjukkan bahawa 92.7% merupakan responden daripada kaum Melayu dan selebihnya adalah daripada kaum Cina, India dan lain-lain. Di samping itu, majoriti responden adalah berstatus bujang. Data yang terakhir pula mengenai kategori umur di mana kebanyakannya adalah dalam lingkungan umur 18 hingga 21 tahun. Hanya 25.5% sahaja responden yang berumur 22 hingga 25 tahun.
BAHAGIAN B: ANALISIS PENGETAHUAN AM RESPONDEN
Sebanyak 74.5% respon yang bersetuju bahawa semantik adalah kajian tentang makna manakala 25.5% lagi respon menganggap perkataan sebagai jawapan.
Seramai 33 daripada 55 responden dapat mengenal pasti akan jumlah peringkat semantik iaitu mempunyai tiga peringkat manakala seramai 20 responden menentukan jumlah peringkat semantik kepada empat peringkat.Seterusnya, responden yang selebihnya memutuskan kepda lima peringkat.
Majoriti responden bersetuju bahawa simpulan bahasa ‘patah hati’ membawa makna ‘kecewa’. Manakala, hanya seorang responden sahaja yang menganggapnya sebagai tidak dan beberapa baki responden keliru akan maksud sebenar simpulan bahasa ‘patah hati’.
Sebanyak 81.8% respon memilih kata hati sebagai simpulan bahasa yang bersesuaian dengan maksud ‘perasaan dalam hati’ akan tetapi simpulan bahasa yang tepat bagi maksud tersebut adalah mata hati. Hanya 12.7% responden sahaja yang menjawab mata hati sebagai simpulan bahasa yang bersesuaian dan baki 5.5% respon memilih simpulan bahasa jauh hati.
BAHAGIAN C: PANDANGAN RESPONDEN TENTANG SIMPULAN BAHASA
Sebanyak 34 respon bersetuju bahawa penggunaan simpulan bahasa dan maknanya penting dalam kehidupan seharian akan tetapi terdapat juga responden yang keliru dengan kenyataan ini dan memilih mungkin sebagai jawapan mereka.
41.8% responden dapat mengenal pasti dengan jelas di mana leksikal hati yang terdapat dalam simpulan bahasa tidak dapat membantu pelajar membezakan penggunaannya dengan betul adalah benar. Di samping itu, sebanyak 20% responden bersetuju dengan kenyataan tersebut dan sebanyak 38.2% responden menganggapnya mungkin sebagai jawapan pilihannya.
Soal selidik yang terakhir adalah soalan yang melibatkan pemikiran logik daripada responden. Majoriti responden beranggapan bahawa penguasaan pelajar terhadap penggunaan simpulan bahasa dan maknanya dapat ditingkatkan dalam kehidupan seharian dengan cara mengaplikasikan simpulan bahasa melalui perbualan, pembacaan dan juga penulisan. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan cara ini dapat membiasakan individu dengan penggunaan simpulan bahasa dalam kehidupan seharian.
1) Zaatil 'Ulya bt Alazmi (068824)
2) Wan Nur Haisyah bt Wan Nordin (068253)
3) Nurin Jazlina bt Mohd Zamri (065432)