PERINGKAT SEMANTIK
Simpulan bahasa dapat menunjukkan kebijaksanaan falsafah dan akal budi masyarakat Melayu terdahulu dalam menyampaikan sesuatu mesej tertentu. Namun begitu, simpulan bahasa semakin dipandang remeh oleh masyarakat.. Oleh itu, kami menganalisis simpulan bahasa Melayu yang menggunakan imej leksikal ‘hati’ dengan mengaplikasikan kajian semantik inkuisitif. Kajian semantik inkuisitif ini dapat memberi gambaran keseluruhan yang mendalam terhadap penggunaan leksikal ‘hati’ selain mengetahui makna secara harfiah. Oleh itu, kajian semantik inkuisitif dapat menghuraikan makna sebenar. Sebelum mencapai tahap makna yang sebenar , kita perlu melalui beberapa peringkat semantik iaitu peringkat semantik skrip ,semantik resonans dan semantik inkuisitif. Persoalannya ,apakah maksud bagi setiap peringkat tersebut ?
Maksud Peringkat Semantik
Semantik Skrip : makna simpulan bahasa yang hanya dilihat dari aspek makna
harfiah iaitu makna yang diperoleh daripada kamus simpulan bahasa atau kamus dewan
Semantik Resonans : fokus kepada aspek teori dan cuba menjelaskan serta mengaitkan tafsiran makna dengan kognitif penutur Melayu. Jangkauan semantik resonans lebih kepada data korpus tatabahasa dan ungkapan metafora.
Semantik inkuisitif : pendekatan kajian makna simpulan bahasa yang melibatkan data, teori, kognitif, falsafah, dan akal budi untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam dan menyeluruh tentang maksud simpulan bahasa .
1) Nur Alliya Najiha bt Mohamad Fazli (068019)
2) Anis Syamira bt Osman Jalaluddin (068068)