PENGGUNAAN LEKSIKAL "HATI" DALAM SIMPULAN BAHASA
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Kami merupakan pelajar tahun 2 IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA ARAB dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, Terengganu telah bersepakat untuk mengupas serta menjalankan kajian dan soal selidik bertajuk 'PENGGUNAAN LEKSIKAL HATI DALAM SIMPULAN BAHASA'.
Tujuan kami mengupas penggunaan leksikal “hati” dalam simpulan bahasa ini adalah kerana pada masa kini pengunaan simpulan bahasa semakin hilang dan tidak dititik-beratkan . Kami juga membincangkan dengan lebih mendalam tentang apa itu maksud leksikal “ hati “ dalam simpulan bahasa ? Adakah pelajar masih menggunakan simpulan bahasa dalam kehidupan seharian ? Sejauh manakah tahap penguasaan pelajar terhadap simpulan bahasa ? Oleh itu , untuk mengetahui lebih lanjut , kami telah membuat kajian dan penelitian terhadap topik ini .
Projek ini mengandungi pengenalan tentang semantik , makna setiap peringkat semantik ,kajian leksikal “hati” daripada simpulan bahasa mengikut peringkat-peringkat semantik , analisis sejauh mana tahap kefahaman leksikal “hati” di kalangan pelajar , gerak kerja ahli kumpulan serta refleksi dari setiap ahli kumpulan
Ringkasan Kajian
1) Nik Nur Balqis bt Na'hazani (066342)