Secara keseluruhannya, berdasarkan kajian ini kami telah mengkaji penggunaan leksikal ‘hati’ yang terdapat dalam simpulan bahasa Melayu berdasarkan pendekatan semantik inkuisitif dan rangka rujuk silang. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan beberapa simpulan bahasa yang mempunyai leksikal ‘hati’ . Hasil dapatan menunjukkan simpulan bahasa ini dapat dibahagikan kepada empat domain utama iaitu domain positif, negatif, perasaan dan tingkah laku. Berdasarkan tatatingkat semantik inkuisitif, iaitu tahap semantik skrip, tahap semantik resonans dan tahap semantik inkuisitif ini mendapati bahawa bahasa melayu sangat kaya dengan makna tersurat mahupun tersirat .
Selain itu , berdasarkan analisis yang telah dijalankan, dapat dirumuskan bahawa tahap penggunaan simpulan bahasa dalam kalangan pelajar terutamanya yang mengandungi perkataan "hati" agak sederhana kerana ramai dikalangan pelajar agak keliru dengan makna sebenar simpulan bahasa tersebut . Oleh itu, pada pendapat kami simpulan bahasa ini sangat penting untuk digunakan dan diterapkan dalam kehidupan seharian agar kehalusan seni simpulan tidak terhapus ditelan zaman.
1) Nurul Atikah bt Ali Abdu Rahman (068240)