Tarikh : 10 September 2025
Masa : 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Foyer pejabat, MRSM Mersing
18 orang pelajar yang terlibat terdiri daripada Sekretariat Kepimpinan Pelajar (SKP) seperti butiran di bawah :
Setiap kontinjen akan melibatkan dua (2) orang guru pengiring, seorang lelaki dan seorang perempuan.
Jumlah keseluruhan penyertaan adalah seperti berikut: 16 peserta + 2 guru pengiring = 18 orang
CULTURAL SYNERGY: 8 peserta (BWP, EMC, PPSP, SIDANG REDAKSI, BADAR)
RISE & LEAD: 8 peserta
ICONIC LEADER: 5 peserta
BEST PRACTICES HUB: 6 peserta
LEADERSHIP BLUEPRINT: 5 peserta
PENDAFTARAN KONTINJEN
Semua kontinjen diminta mematuhi masa pendaftaran yang telah ditetapkan untuk memastikan kelancaran perjalanan program. Kegagalan berbuat demikian akan mengganggu perjalanan aktiviti berikutnya.
Guru pengiring dikehendaki mengisi Borang pendaftaran peserta, guru pengiring dan pemandu yang boleh diakses melalui pautan di atas.
Dokumen ini hendaklah dimuat naik ke dalam folder OneDrive mengikut MRSM masing-masing sebelum atau pada 18 Ogos 2025.
Peserta juga DIWAJIBKAN mengisi Borang Deklarasi Kesihatan, Borang Kebenaran Ibu Bapa dan Borang kebenaran memuat naik gambar dan video di media sosial. Kesemua dokumen perlu diserahkan kepada pihak urus setia di dalam folder pendaftaran mengikut maktab masing-masing secara online dan juga hardcopy semasa pendaftaran.
Semua peserta tertakluk kepada peraturan disiplin Maktab Rendah Sains MARA.
Kawalan pelajar sepanjang program berlangsung adalah di bawah tanggungjawab guru pengiring selaku ketua kontinjen. Walaubagaimanapun, guru pengiring boleh berhubung dengan pihak urusetia dan JK Keselamatan sekiranya berlaku sebarang kes kecemasan.
ETIKA PAKAIAN
Peserta dibenarkan memakai pakaian ‘smart casual’ sepanjang program berlangsung. (Baju T berkolar, kemeja, seluar slack, baju kurung, skirt dan blouse adalah antara contoh pakaian yang dibenarkan).
Peserta hendaklah sentiasa memakai kasut bertutup. Pemakaian selipar, baju T tidak berkolar dan seluar jeans TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
Pakaian untuk MAJLIS PENUTUPAN: BAJU BATIK MAKTAB MASING-MASING
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENGIRING
Mematuhi dan menyampaikan maklumat berkaitan buku panduan pertandingan Leadership Convention Zon 1
Menghantar peserta bagi mewakili maktab masing- masing dalam acara yang dipertandingkan
Mendaftarkan peserta melalui pautan yang diberikan dengan mengikut format, maklumat dan tarikh yang ditetapkan
Menyediakan keperluan peralatan bagi setiap acara yang dinyatakan termasuk tag nama peserta dan guru pengiring.
Menyediakan keperluan peralatan bagi setiap acara yang dinyatakan termasuk tag nama peserta dan guru pengiring.
Memastikan keselamatan dan kebajikan peserta sepanjang program
Menghadiri taklimat guru pengiring bersama tuan rumah dan menjadi juri ketetapan tuan rumah.
Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:
1. En. Emirruddin bin Jaafar (TPPB) : 013-7537108
2. En. Yusri bin Yusof (Penyelaras LSC) : 019-7749036
3. Pn. Nur Diyana binti Md Sidek (Setiausaha LSC) : 013-5655236