VENUE : Kelas akademik, MRSM Mersing
PESERTA : 6 orang
TEMPOH PERTANDINGAN : 10 Minit (Pembentangan dan Penjurian) - 9.30 am – 12.00 pm
VENUE : Kelas akademik, MRSM Mersing
PESERTA : 6 orang
TEMPOH PERTANDINGAN : 10 Minit (Pembentangan dan Penjurian) - 9.30 am – 12.00 pm
PENGENALAN
Amalan terbaik merupakan program atau aktiviti yang menjadi keutamaan dan kebiasaan di MRSM yang memberikan impak positif dalam perkembangan pembangunan pelajar di MRSM. Pertandingan ini adalah untuk menilai penghayatan Sekretariat Kepimpinan Pelajar dalam mempraktikkan amalan terbaik di maktab yang merangkumi program, modul atau aktiviti yang dijalankan yang menjadi amalan terbaik setiap MRSM.
KAEDAH PELAKSANAAN
Pelaksanaan pertandingan ini akan melibatkan 6 peserta dari SKP.
Setiap maktab akan disediakan reruai pameran untuk dikongsikan maklumat berkaitan Amalan Terbaik yang telah dilaksanakan di MRSM.
Pertandingan akan mengambil tempat di Dewan Sri Mersing. Setiap kontinjen perlu membawa papan pameran masing-masing untuk berkongsi maklumat berkaitan amalan terbaik yang yang telah dilaksanakan. Tuan rumah hanya akan menyediakan reruai pameran untuk setiap kontinjen.
Penjurian akan dilaksanakan di reruai masing-masing. Peserta diminta untuk membuat pembentangan selama 10 minit termasuk sesi soal jawab.
Bahan pameran boleh meliputi video, folio, album, poster, banner, bunting dan sebagainya. Peserta perlu menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghias reruai yang disediakan. Penggunaan video amalan mestilah idea asal peserta tanpa menciplak hasil karya/ idea orang lain.
PENJURIAN & KRITERIA PENILAIAN
Penjurian akan dilaksanakan di reruai masing-masing.
Untuk memudahkan proses penjurian, 21 maktab yang terlibat akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Lima juri akan akan menilai persembahan setiap kumpulan dan memilih 5 persembahan terbaik untuk kumpulan A dan 5 persembahan terbaik bagi kumpulan B.
10 maktab terbaik ini akan dinilai oleh kesemua 6 orang juri untuk memilih pemenang dalam pembentangan akhir selama 5 minit.
Kriteria penilaian: