PENGENALAN
TARIKH LEADERSHIP CONVENTION: 10 - 12 SEPTEMBER 2025
 PENGENALAN
LSC merupakan satu platfom yang memberi peluang dan ruang kepada Badan Kepimpinan Pelajar (BKP) MRSM Se-Malaysia untuk bertukar pendapat, berdiskusi, berkongsi pengalaman serta menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dengan cara yang kreatif, inovatif dan berkarisma.
Aktiviti dan pertandingan yang diadakan bertujuan melatih bakal pemimpin yang matang dari segi mental, emosi, jasmani, rohani, intelek dan sosial untuk menghadapi cabaran semasa dan mendatang.
Dengan adanya program ini, secara tidak langsung diharapkan dapat menghasilkan pemimpin pelajar yang berdaya saing dan tekad dalam mencapai matlamat.
 OBJEKTIF
Melahirkan pemimpin pelajar yang berpengetahuan dalam ilmu kepimpinan melalui aktiviti yang diatur bertepatan dengan matlamat pendidikan MARA.
Mengukuhkan karakter kepimpinan dalam diri pelajar.
Membantu pemimpin pelajar membina jaringan dan kemahiran komunikasi yang lebih komprehensif.
 AKTIVITI
Terdapat sembilan aktiviti yang akan dijalankan. Lima aktiviti merupakan pertandingan secara berkumpulan dan empat aktiviti merupakan perkongsian ilmu oleh penceramah jemputan.
Tuan rumah mewakili Zon 1
Peserta mewakili maktab
Aktiviti yang dijalankan
MRSM yang terlibat