LOKASI: Dewan
PESERTA: Semua peserta
TEMPOH PERTANDINGAN: 1 jam 30 minit
LOKASI: Dewan
PESERTA: Semua peserta
TEMPOH PERTANDINGAN: 1 jam 30 minit
PENGENALAN
United Minds merupakan aktiviti yang mana peserta diminta bergabung dengan maktab yang lain dan memikirkan serta mengusahakan projek usaha sama yang akan dilaksanakan di maktab masing-masing.
OBJEKTIF
Menggalakkan pembelajaran interaktif diantara pelajar sesuatu maktab dengan maktab yang lain.
Meningkatkan jaringan dan kerjasama para pelajar MRSM.
Memupuk kemahiran insaniah dalam diri pemimpin pelajar.
Menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan projek.
KAEDAH PELAKSANAAN
Para pelajar dan wakil guru pengiring akan berkumpul mengikut maktab masing-masing.
Tuan rumah akan menggabungkan 3 maktab kepada 1 kumpulan.
Setiap kumpulan akan ditempatkan di lokasi-lokasi yang ditetapkan.
Setiap kumpulan akan membincangkan 1 projek usaha sama yang akan dilaksanakan di setiap maktab.
Setiap kumpulan diberikan masa selama 45 minit bagi proses perbincangan dan rumusan program.
Seorang wakil bagi setiap kumpulan akan membentangkan rumusan program tersebut kepada guru-guru pengiring.
Laporan pelaksanaan projek perlu dihantar sebelum 30 Disember 2025 bersamaan hari Selasa kepada tuan rumah.
PENJURIAN
Tiada penjurian dilaksanakan bagi aktiviti ini. Namun demikian, sijil penglibatan peringkat kebangsaan akan diberikan kepada semua ahli SKP yang terlibat dengan pelaksanaan projek yang dirancang.