VENUE : Dewan Kuliah Rawa, MRSM Mersing
PESERTA: 5 orang/Kumpulan (Tidak termasuk ikon yang dipilih)
TEMPOH PERTANDINGAN : 4 jam
LINK PENGHANTARAN VIDEO SARINGAN: KLIK DI SINI (Login email MARA)
(Tarikh tutup penghantaran : 2 September 2025)
PENGENALAN
Pertandingan ini diadakan untuk melihat kebolehan dan keunggulan pemimpin-pemimpin pelajar yang telah berkhidmat di MRSM. Setiap pemimpin pelajar mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri sama ada daripada aspek kepemimpinan, ketrampilan dan sumbang bakti serta kejayaan yang telah dicapai sepanjang memegang tampuk kepimpinan pelajar di maktab masing-masing. Ikon pemimpin pelajar ini wajar diketengahkan bagi memberi inspirasi dan juga boleh menjadi panduan buat barisan Sekretariat Kepimpinan Pelajar yang lain. Pemimpin-pemimpin hebat seperti ini harus diangkat bagi menunjukkan penghargaan atas daya usaha mereka menggerakkan organisasi yang telah dipertanggungjawabkan.
OBJEKTIF
Mengiktiraf pencapaian dan sumbangan yang telah diberikan oleh pemimpin pelajar.
Menonjolkan bakat kepimpinan muda yang berjaya dilahirkan melalui sistem MRSM.
Membakar semangat para pemimpin pelajar untuk melakukan yang terbaik sepanjang memegang jawatan yang diberikan.
KAEDAH PELAKSANAAN
Setiap MRSM perlu memilih seorang wakil pemimpin pelajar untuk menjadi Ikon.
Ikon yang dipilih terbuka kepada mana-mana ahli atau mantan Sekretariat Kepimpinan Pelajar yang masih berada di maktab.
Penyertaan terdiri daripada 5 orang ahli kumpulan tidak termasuk calon yang dipertandingkan, namun semasa sesi pembentangan hanya melibatkan tiga orang pembentang sahaja. Semua ahli kumpulan mestilah terdiri daripada peserta LSC kecuali calon yang dipertandingkan.
Pembentangan perlu meliputi profil penuh calon dalam aspek akademik, kokurikulum, kemahiran, penglibatan dan kepimpinan.
Nilai tambah akan diberikan dalam setiap aspek berikut.
Penilaian pertandingan akan dijalankan sebanyak dua kali iaitu peringkat SARINGAN dan peringkat AKHIR.
Bagi peringkat saringan, satu rakaman video promosi Ikon berdurasi 7 minit perlu dihantar secara atas talian pada tarikh yang ditetapkan untuk penilaian juri iaitu pada atau sebelum 2 September 2025.
Hanya sepuluh (10) maktab terbaik akan dipilih bagi peringkat akhir yang akan melakukan pembentangan.
Bagi peringkat akhir, peserta diberikan masa selama 7 minit pembentangan termasuk SATU VIDEO RESUME IKON (berdurasi 5 minit).
Penentuan pemenang akan ditentukan oleh 70% daripada Ikon dan 30% daripada pembentangan peserta LSC.
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila berhubung dengan PIC/ Ketua AJK Iconic Leaders di bawah;
Ustaz Rizudin bin Md Lazim, 0179709353
PENJURIAN & KRITERIA PENILAIAN
Tiga orang juri jemputan berkaliber akan menghakimi kedua-dua peringkat pertandingan.
Kriteria penilaian: