Model Reka Bentuk Pembelajaran menekankan empat elemen utama untuk memacu pembelajaran bermakna, termasuklah peneraju pembelajaran, persekitaran pembelajaran interaktif, penggunaan teknologi digital dan amalan pedagogi yang berkesan. Elemen-elemen ini digabungkan secara serentak untuk memastikan pelajar memperoleh manfaat yang optimum.
KEPENTINGAN : Memberi peluang dan ruang kepada murid untuk membuat pilihan bagi melibatkan unsur penglibatan dan motivasi dalam proses pembelajaran
SASARAN : Guru dan Murid
CARA PELAKSANAAN :
Mereka bentuk tugasan dan proses pembelajaran menggunakan model yang terbukti berkesan melalui penyelidikan
Mereka bentuk tugasan pembelajaran yang mendalam yang melibatkan kemahiran berfikir dan tahap kerumitan
Menggunakanstrategi perancah (scaffolding) dan pembelajaran terarah kendiri (self-directed)
KEPENTINGAN :Â Memperluas akses kepada sumber pembelajaran dan maklumat terkini serta membolehkan pelajar belajar secara kendiri tanpa sempadan masa dan tempat
SASARAN : Guru, Murid dan Pengguna Internet
CARA PELAKSANAAN :
Menetapkan dengan jelas objektif pembelajaran dan kemahiran yang ingin dibina untuk memilih platform pembelajaran yang sesuai.
Mengabungkan maklumat yang terdapat daripada sesi kuliah dan pembelajaran atas talian.
Menggunakan platform yang menyesuaikan tahap kesukaran tugasan berdasarkan prestasi pelajar.
KEPENTINGAN : Sebagai penggerak atau pendorong dalam pembelajaran
SASARAN : Rakan Sekelas, Guru, Komuniti (Ibu Bapa, Pakar, Rakan Maya, dan lain-lain)
CARA PELAKSANAAN :
Menetapkan perubahan dalam struktur perhubungan, pelajar, guru, komuniti
Mewujudkan matlamat dan hasrat pembelajaran yang telus dalam perkongsian dengan pelajar dan guru
Menggunakan proses kerjasama yang jelas dan langkah-langkah untuk mencapai kejayaan
KEPENTINGAN : Menyediakan persekitaran pembelajaran yang interaktif dan berpusatkan murid
SASARAN : Guru, Komuniti
CARA PELAKSANAAN :
Menggunakan pelbagai alat dan proses yang sesuai untuk menilai kebolehan, bakat dan keperluan akademik
Membina iklim dan budaya pembelajaran pada bila-bila masa, di mana sahaja dan melibatkan mana-mana murid
Menggunakan proses kerjasama dan kemahiran sosial
Menggunakan suara pelajar untuk reka bentuk pembelajaran