MPP digunakan untuk merancang strategi PdP yang lebih baik, mengetahui keperluan untuk pelajar belajar dan menyediakan deep learning task. Pada tahap ini, pelajar akan mengaplikasi tiga komponen MPP iaitu perhubungan, belajar cara belajar dan aspirasi. Pandangan pelajar dan pandangan agensi luar turut diambil kira.
Model Pembelajaran Murid mengambil kira tiga perkara utama iaitu,
Asas sosial yang penting bagi semua manusia yang sentiasa memerlukan tujuan dan makna dalam hubungan dengan orang lain, yang merangkumi kesepunyaan dan merangkai.
Pencapaian murid dipengaruhi oleh jangkaan mereka terhadap diri sendiri dan persepsi orang lain terhadap mereka yang merangkumi jangkaan, keperluan dan minat.
Pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran dan memahami proses pembelajaran yang merangkumi metakognitif, maklum balas dan agensi.
3 perkara utama dalam Model Pembelajaran Murid adalah berkaitan dengan;
Berkait dengan elemen merangkai dan kesepunyaan.
Merangkai
Mengurus hubungan kolaboratif secara berkesan.
Pelajar membuat tugasan secara individu dan berkumpulan.
Kemahiran interpersonal dan intrapersonal dapat ditingkatkan.
Kesepunyaan
Menjadi motivasi yang kuat pelajar meneroka peluang untuk membantu manusia tempatan dan global.
Pelajar berasa tanggungjawab terhadap tugasan untuk kepentingan peeribadi dan masyarakat.
Pelajar mengambil kira persekitaran yang penyayang.
Berkait dengan elemen jangkaan, keperluan dan minat.
Jangkaan
Meramalkan bahawa tugasan perlu disiapkan dalam masa 6 minggu.
Sedar akan jangkaan orang lain terhadap kemampuan dirinya dalam menyiapkan tugasan.
Jangkaan yang tinggi meningkatkan motivasi pelajar untuk menyiapkan tugasan.
Keperluan dan minat
Tugasan yang dilakukan dapat difahami dengan lebih mendalam apabila melakukannya dengan penuh minat.
Melakukan perancangan tugasan dalam konsep, penyelesaian masalah dan relevan.
Digunakan oleh para guru untuk memastikan murid melakukan penglibatan.
Melibatkan 3 elemen;
Metakognitif
Pelajar dapat memantau pembelajaran kendiri menggunakan senarai semak tugasan.
melakukan muhasabah diri daripada maklum balas yang diterima.
Melakukan penilaian kendiri menggunakan senarai semak rubrik 6C.
Maklum balas
Murid membuat refleksi terhadap maklum balas yang diterima.
Guru akan memberi maklum balas yang memacu pelajar ke arah pembelajaran baharu dan membangunkan persekitaran pembelajaran yang positif.
Agensi (autonomi)
Pelajar membuat keputusan sendiri dalam menentukan bahasa mesra sumber yang dibina.
pelajar diberi peluang untuk berdikari dan meneroka idea sendiri.
Pelajar akan belajar daripada kesilapan dan cuba untuk memperbaiki kesilapannya.
Keempat-empat kursus ini boleh disepadukan dengan MPP;
Sesuai dengan model pembelajaran berasaskan projek (Project-Based Learning)
Pelajar boleh mereka dan membina projek seperti sistem kawalan litar automasi lampu.
Ia merangsang pemikiran logik, kemahiran menyelesaikan masalah dan kreativiti.
Sesuai dengan pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan pengalaman (Experiential Learning)
Pelajar boleh menjalankan projek hidroponik, atau berkebun secara konvensional.
Ia membina kesedaran terhadap alam sekitar, kelestarian dan kemahiran pertanian moden.
Selaras dengan pembelajaran berasaskan kemahiran dan vokasional
Pelajar belajar melalui amali, menggunakan alat dan mesin sebenar.
Ia meningkatkan kemahiran teknikal dan kesediaan kerjaya.
Mendorong pembelajaran kolaboratif
Aktiviti dilakukan secara kumpulan kecil.
Pelajar saling membantu dan menyumbang kepada rakan pembelajaran mereka.
Guru berperanan sebagai fasilitator, bukan sekadar penyampai ilmu.
Merangsang pembelajaran kendiri
Pelajar berusaha secara aktif tanpa terlalu bergantung kepadad guru.
Melibatkan perancangan masa, penyelidikan dan refleksi kendiri.