Elemen-Elemen Kompetensi Pembelajaran Bermakna 6C
Elemen 6C dalam pendidikan merujuk kepada enam kemahiran utama abad ke-21 yang penting untuk melahirkan pelajar yang holistik dan bersedia menghadapi dunia sebenar. Elemen ini sering dijadikan asas dalam kurikulum dan aktiviti pembelajaran.
Merangkumi nilai seperti integriti, tanggungjawab, ketabahan, empati, dan hormat.
Kandungan tugasan yang menggunakan elemen digital dan kemahiran praktikal sepanjang melaksanakan tugasan.
Penggunaan digital dapat meningkatkan keberkesanan, nilai dan kualiti proses pembelajaran seterusnya memberikan output praktikal yang berfungsi dengan baik.
Mempamerkan karekter yang sangat bertanggungjawab dan sangat berintegriti dalam mendapatkan sumber maklumat yang relevan.
Kesedaran tentang tanggungjawab sosial, etika, dan menjadi warga dunia yang prihatin.
Tugasan tiga kursus ini memupuk kesediaan dan minat pelajar dalam menangani masalah dunia sebenar berdasarkan reka bentuk teknologi dan elemen kelestarian.
Unsur-unsur digital digunakan secara meluas dalam tugasan RBTS3263 dan digunakan dengan cara yang sangat berkesan untuk meningkatkan kedalaman elemen global, budaya dan alam sekitar dalam proses pembelajaran.
Keupayaan untuk menghasilkan idea baharu, mencipta penyelesaian unik, dan berfikir di luar kotak.
Tugasan membina litar dapat merangsang pemikiran kreatif/inovatif pelajar dalam proses projek elektrik berdasarkan kelestarian dan reka bentuk teknologi.
Tugasan RBTS3263 mendorong inovasi pelajar menggunakan kemudahan sumber digital ThinkerCad untuk menghasilkan litar skematik elektronik yang berkomsepkan kelestarian dan elemen RI4.0
Tugasan RBTS3273, RBTS3263, RBTS3283 dan SCES3292 memerlukan kreativiti pelajar untuk membina landskap yang dinamik yang mengandungi perabot yang berguna dan sistem lampu automasi yang berkesan
Keupayaan untuk menganalisis maklumat, membuat penilaian, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan secara rasional.
Tugasan mereka bentuk litar RBTS 3263 dapat merangsang pemikiran kritis pelajar semasa menggunakan konsep pemikiran komputasional untuk menyelesaikan isu/masalah dunia sebenar berkaitan reka bentuk logo berkonsepkan kelestarian dan elemen RI4.0
Berkebolehan dalam membuat perkaitan yang mendalam tentang kandungan yang sangat relevan
Kemahiran menyampaikan idea dengan jelas dan berkesan, sama ada secara lisan atau tulisan.
Pelajar perlu membentangkan hasil rekaan litar kawalan melalui slaid interaktif dan laporan teknikal
Pelajar RBTS3263 mesti menyampaikan hasil dapatan daripada lawatan industri melalui video pendek dan grafik kreatif
Pelajar RBTS3273 hendak membentangkan produk perabot yang dibina dengan menghasilkan video pendek yang kreatif
Keupayaan untuk bekerja secara berpasukan dan menghargai kepelbagaian idea dan latar belakang.
Untuk menghasilkan laporan lawatan RBTS3263 setiap pelajar perlu menyumbang maklumat berdasarkan pemerhatian atau catatan mereka semasa lawatan.
Dalam proses penghasilan produk RBTS3273, tugas seperti memotong, mengetuk, menyambung dan mengecat dibahagikan secara adil mengikut kemahiran ahli kumpulan.
Pelajar RBTS3283 juga bergilir-gilir untuk menyiram, membaja dan membersih kawasan tanaman.
Pelajar SCES3292 perlu kolaboratif semasa kerja dan eksperimen bersama, dan pembentangan hasil kajian bersama dengan pensyarah.