Lukisan perspektif adalah salah suatu lukisan berbentuk 3 dimensi (3D) yang mudah difahami. Lukisan perspektif merupakan suatu kaedah untuk melihat objek dalam bentuk 3 dimensi bagi memudahkan untuk memahami dan memvisualisasikan rekabentuk sesuatu bangunan. Fungsi lukisan perspektif adalah untuk menunjukkan aktiviti dalam ruang gambaran sebenar sesebuah objek dalam suanana ruang.
Garisan horizon (horizon line) atau garisan mendatar yang merentasi lukisan dan terletak pada paras penglihatan mata manusia dan di mana terletaknya titik lenyap. Perletakan garisan horizon dibawah garisan tanah akan menghasilkan perspektif pandangan mata cacing manakala perletakan di atas gari tanah menghasilkan perspektif pandangan mata burung dan perletakkan garisan horizon pada aras pandangan mata menghasilkan perspektif normal. Garisan tanah (ground line) pula merupakan landasan objek yang ingin digambarkan.
Titik lenyap (vanishing point) merupakan titik pada garisan horizon yang menjadi pusat pertemuan atau persilangan garis-garis horizon sejajar. Kedudukan titik lenyap yang berjauhan menghasilkan perspektif jauh manakala kedudukan titik lenyap secara berdekatan menghasilkan perspektif dekat. Satah gambar (picture plan) secara teknikal merupakan gambaran satu rataan atau satu permukaan yang tidak mempunyai ukuran tebal atau kedudukan tertentu.
Perspektif 1 titik
Perspektif 2 titik
A Titik Lenyap / B Garisan Unjuran / C Garisan Horizon/ D Titik Stesen
Aras pandangan dari bawah atau kawasan rendah bertujuan untuk menampakkan sisi kiri, sisi kanan dan bawah objek. Aras pandangan biasa dari mata manusia menunjukkan gambaran perspektif biasa untuk menampakkan keseluruhan bahagian aras pandangan mata cacing. Aras pandangan dari atas atau kawasan tinggi pula bertujuan untuk menampakkan sisi kiri, sisi kanan dan pandangan atas objek sama ada pada bahagian kiri atau kanan objek.
Aras pandangan mata burung
Aras pandangan mata burung
Aras pandangan mata manusia
Aras pandangan mata manusia
Aras pandangan mata cacing
Aras pandangan mata cacing
Aras pandangan mata burung
Aras pandangan mata manusia
Aras pandangan mata cacing