CABARAN DALAM TALIAN
Menempatkan koleksi video cabaran #7minuteschallenge #readnreviewpsvkssm yang dihasilkan oleh guru dan murid sebagai bahan rujukan pembelajaran.
CABARAN DALAM TALIAN
Menempatkan koleksi video cabaran #7minuteschallenge #readnreviewpsvkssm yang dihasilkan oleh guru dan murid sebagai bahan rujukan pembelajaran.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera para murid yang dikasihi. Saya Cikgu Atila, GMP PSV yang konsisten berusaha meningkatkan kompetensi diri untuk menjadi luar biasa dan lebih kreatif menyediakan saluran serta bahan pengajaran dan pembelajaran inovatif bagi memberi impak optimum terhadap penguasaan konten pelajaran dan kemahiran murid khususnya dalam berdepan cabaran transisi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Saya ingin mengajak dan memulakan cabaran ini bersama para murid SMKWM2 untuk menyahut cabaran menyediakan video ringkas hasil pembacaan bagi kandungan 1 tajuk pelajaran buku teks PSV KSSM. Fokus utama adalah menunjukkan kemampuan guru dan murid PSV menyampaikan konten 1 tajuk pelajaran yang padat secara perkongsian, spontan dan bersahaja hasil aktiviti pembacaan. Berikut adalah standard format video yang ditetapkan.
👉🏻Durasi: 7 minit (minimum)
👉🏻Kandungan: Perkongsian konten 1 tajuk pelajaran (jelas,tepat,padat)
👉🏻Suntingan: Mengikut kreativiti
👉🏻Muzik latar: Tenang, damai, perlahan dan tanpa nyanyian atau tiada latar muzik
👉🏻 Muatnaik video anda di saluran telegram dibawah
MANTUL GANG
Hai semua, kami MANTUL GANG telah menyahut cabaran #7minuteschallenge #readnreviewpsvkssm mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kami komited untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi serta menyampaikan maklumat dengan berkesan. Sudi kiranya untuk watch dan like video kami sebagai tanda sokongan dan galakkan supaya kami lebih bersemangat untuk menghasilkan video-video kreatif berfokuskan pembelajaran. Terima kasih atas sokongan anda.