Rajah skematik merupakan lukisan litar yang menunjukkan kedudukan elemen reka bentuk landskap dalam bentuk simbol abstrak. Simbol dalam lukisan rajah skematik membantu Arkitek Landskap memilih dan menetapkan kedudukan atau susun atur elemen yang tepat semasa menghasilkan model 3 dimensi reka bentuk landskap. Pelan skematik yang dihasilkan, menjadi panduan pemasangan elemen reka bentuk pada model dengan lebih mudah dan tepat serta mempunyai skala.