Rajah buih merupakan lakaran rajah mudah atau peta bulat bagi pecahan ruang, cadangan aktiviti, pola penanaman pokok, perletakan elemen landskap lembut dan kejur serta lain-lain aspek keseluruhan pelan tapak. Ia dibina bertujuan untuk memberi gambaran visual aspek asas pecahan ruang, kesesuaian jenis aktiviti, plot ruang hijau, bertanah dan berturap, plot elemen-elemen landskap dan sebagainya. Arkitek Landskap membuat lakaran rajah dan melabel pecahan ruang pelan tapak mengikut idea dan kreativiti, tidak mempunyai skala dan grafik elemen reka bentuk landskap.