Al-Marhum Asy-Syaikh Uthman Jalaaluddin Al-Kilantani yang membuka Madrasah Manaabi' Al-Uluum, Bukit Mertajam
Tok Kenali sebagai mudir atau guru besarnya yang pertama
Saahib Al-Fadhilah Al-Marhum Datuk Hj Ahmad Mahir, bekas mufti kerajaan Kelantan
Saahib Al-Fadhilah Datuk Haji Ismail b.Yusof, timbalan mufti kerajaan Kelantan
Saahib Al-Fadhilah Al-Marhum Tuan Hj. Hasan, bekas mufti Melaka
Al-Marhum Datuk Hj. Hasan Yunus Al-Azhari, bekas menteri besar kerajaan Johor
4) Sebagai Ketua Pelajaran Agama Islam
Beliau diberi mandat untuk mentadbir dan mengaturkan perkembangan pelajaran agama Islam di Kelantan
Beliau mengemaskini lagi sistem pondok dan menggalakkan murid-murid beliau membuka pondok-pondok
Beliau menyusun bahan-bahan untuk pelajaran nahu dan saraf bahasa arab yang kemudiannya diterbitkan oleh dua orang muridnya
5) Sebagai Anggota Majlis Ulama'
Beliau mempengerusi atau turut berbincang mengenai masalah yang timbul dalam negeri
Beliau melarang pihak Majlis Agama Islam Kelantan mengambil segala bunga yang diberikan oleh bank kerana wang itu tetap haramnya dan tidak boleh digunakan untuk perkara-perkara kebajikan
6) Memperkenalkan Sistem Menghafal dalam Pelajaran Agama
Beliau menggunakan sistem menghafal dalam bidang Bahasa Arab, bidang Ilmu Tauhid, Feqah, Tasawwuf dan Tafsir.
Pandangan beliau tentang ilmu bukan sahaja sebagai catatan tetapi perlu diingat dalam ingatan (hati)
7) Mendorong Pembukaan Sekolah-Sekolah Melayu
Pengaruh Tok Kenali sehingga penubuhan sekolah-sekolah Melayu di Kelantan antaranya Sekolah Melayu Kubang Kerian (1920 M), Mentuan (1920 M), Binjai (1930 M) dan Langgar (1930 M).
Sekiranya penubuhan tidak direstui oleh Tok Kenali, tentu usaha ini tidak dijalankan.
8) Sumbangan dalam Pengajaran dan Kefahaman mengenai Kitab - Kitab Arab & Melayu
Kitab - kitab arab seperti bidang Ilmu Bahasa Arab, bidang Tauhid, bidang Fiqh, bidang Tasawwuf dan bidang Tafsir Al-Quran.
9) Penubuhan pondok dan Memperkenalkan Sistem Pondok
Kedatangan Tok Kenali memberikan galakan kepada sistem ini disampaikan melalui berhalaqah (membuat lingkungan bulat dengan berhadap dengan guru).
Sistem ini juga melantik beberapa orang murid yang lebih pandai menjadi kepala-kepala Tela'aah (Ketua Mutala'ah)
Pusat Pengajian Islam Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan.