Ayahya bernama Ahmad, seorang yang soleh yang masyhur di kalangan petani kampung
Ibunya bernama Fatimah binti Haji Soleh, seorang yang sopan dan bercita-cita murni dalam agama
Lahir pada tahun 1868, di belakang Masjid Shaalihiy Kubang Kerian, Kelantan
Gelarannya Awang dan Awang Kenali iaitu panggilan manja dan sayang untuk lelaki
Kini beliau dikenali dengan gelaran Tok Kenali & Haji Awang Kenali
LATAR BELAKANG KELUARGA TOK KENALI
Bapanya meninggal dunia ketika beliau berusia 5 tahun
Tugas menjaga beliau telah diambil alih oleh datuk sebelah ibunya iaitu Haji Muhammad Soleh
Ibunya merupakan guru Al-Quran
Datuknya yang bernama Haji Abdul Samad seorang muezzin iaitu bilal di Masjid Kenali
Beliau mempunyai cucu antaranya, cucu perempuan sulong yang bernama Hajjah Rahmah binti Haji Ahmad bin Haji Muhammad Yusuf dan Ustaz Hafiz Hukmi
PENDIDIKAN TOK KENALI DI KELANTAN
Pendidikan peringkat awal Tok Kenaliialah dalam ilmu-ilmu asas seperti menulis dan membaca oleh datuknya
Tok Mek iaitu nenek tirinyamengajar tentang menjaga makanan dan minuman halal
Beliau telah belajar ilmu Al-Quran, menghafal syair dan pantun yang mengandungi nasihat dan saranan peribadi mulia
Beliau telah mempunyai hasrat untuk menimba ilmu agama dan beberapa ilmu dengan Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Haji Salleh ketika berusia 10 tahun
Beliau menuntut ilmu tasawwuf dengan Tuan Tabal di Masjid Muhammadi, Kota Bharu
Beliau mempelajari dengan Qadhi Haji Ismail bin Mahmud tentang ilmu nahu
Tok Kenali juga berguru dengan Haji Awang Alim di Kampung Atas Banggol
DI MEKAH
Tok Kenali berumur 18 tahunmenuntut ilmu di Mekah
Beliau hanya mempunyai RM22 untuk dibelanjakan selama 22 tahun
Beliau tidak punya wang untuk membeli kitab dan sebagainya
Sebelum ke kelas pengajian, beliau akan ke kedai kitab untuk menelaah dan hafaz isi kandungan kitab
Beliau juga tidak mempunyai rumah sewa, hanya tidur di serambi-serambi masjid selama 6 bulan
Amalan Tok Kenali ini menjadikan Kelantan digelar serambi Mekah apabila beliau pulang ke Kelantan dan menyebarkan Islam
Beliau akan sentiasa memasuki halaqah ilmu di sekitar Masjidil Haram dengan pengajian di tiang-tiang masjid oleh Masyaikh yang berkelayakan
KEPERIBADIAN TOK KENALI
Kesungguhan beliau berjalan kaki tanpa kasut dari Kubang Kerian ke Kota Bharu di Masjid Muhammadi untuk menuntut ilmu
Sifat ingin tahu dan kemahuan untuk maju apabila sudah diajari oleh guru sepotong ayat Al-Quran maka esoknya beliau mahu belajar perkara baharu
Ilmu yang sudah dipelajari itu memang beliau dapat membaca dengan betul
Sifat ganjil beliau iaitu selepas balik dari mengaji Al-Quran beliau akan mencelupkan jari telunjuknya ke air di tepi bendul rumah lalu menulis sesuatu pada bendul.
Begitulah setiap hari, mungkin yang ditulisnya itu merupakan ilmu yang dipelajari