Pada tahun 1918, ulama Kelantan Muhammad Yusuf Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali pernah menulis mengenai tugas dan tanggungjawab seorang pengarang.
Selain mengajar agama, Tok Kenali turut menterjemah Tafsir al-Khazin dan menulis di majalah Pengasuh. Selain tulisan-tulisan berkaitan agama Islam; Tok Kenali juga menghasilkan karya kreatif yang dapat kita rujuk sebagai cerpen pada hari ini. Kebanyakan cerita pendek Tok Kenali ini disusun oleh Abdullah al-Qari Salleh.
Beliau ialah Ketua Pengarang majalah Pengasuh yang pertama ketika majalah itu mula-mula diterbitkan. Dari sini dapat kita buktikan bahawa majalah Pengasuh merupakan majalah Islam yang paling lama dapat bertahan di Nusantara. Majalah Pengasuh masih kekal diterbitkan hingga sekarang ini (1427 H/2006 M) oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Semua majalah Islam di Nusantara yang diterbitkan peringkat awal, bahkan termasuk yang agak terkebelakang, semuanya tidak diterbitkan lagi.
Karya-karya Tok Kenali yang ditulis dalam bentuk risalah atau kitab pula antaranya ialah Risalatud Durril Mantsur, yang selesai ditulis pada bulan Jumadil Akhir 1310 H/Disember 1892 M. Kandungannya merupakan terjemahan dan penjelasan fadhilat Burdah Bushiri. Dicetak dalam bentuk huruf batu/litografi oleh Syeikh Abdullah Mujallid, Mekah pada Jumadilakhir 1310 H.
ILMU MENGENAL ALLAH
JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI
ILMU CAHAYA DI ATAS CAHAYA
ILMU 7 PETALA LANGIT 7 PELATA BUMI
MENGENAL DIRI
PERTIMBANGAN ILMU MENCARI DIRI DALAM DIRI
PERTIMBANGAN ILMU MENCARI TIADA YANG WUJUD SELAIN ALLAH
PERTIMBANGAN MELALUI 7 PARA-PARA WALI
PENCARIAN ILMU DIPENGHUJUNG RASA
MATI SEBELUM MATI
PERTIMBANGAN ILMU MELALUI TIDAK BERHURUF TIADA BERSUARA
PERTIMBANGAN ILMU MELALUI 5 PARA-PARA WALI