REFLEKSI KUMPULAN 4
Kesimpulannya, dengan perlaksanaan kajian portfolio ini, pengkaji dapat mengetahui susur galur hidup seorang teologi iaitu Tok Kenali. Oleh itu, cadangan dan inisiatif perlu diadakan oleh masyarakat serta kerajaan bagi memperingati sumbangan dan jasa Tok Kenali terutamanya di Kelantan. Sebagai contoh kerajaan negeri Kelantan menyimpan khazanah-khazah Tok Kenali yang bernilai dan menjadikan ajaran Tok Kenali sebagai rujukan dalam kepimpinan kerajaan negeri Kelantan dari dulu sampai sekarang.
Harapan daripada kajian portfolio ini juga agar dapat dijadikan bahan bacaan dan rujukan pada masa akan datang. Malah diharapkan juga agar generasi pada masa kini dan akan datang dapat menjadikan Tok Kenali sebagai contoh ilmuan untuk menjadi seorang cendekiawan yang berjaya. Harapan juga dapat dijadikan panduan kepada pengkaji yang lain tentang susur galur hidup Tok Kenali iaitu ulama' agama terkenal di Kelantan.