PENUBUHAN MAJLIS AGAMA NEGERI
Mengekalkan hak istimewa dan kedudukan islam sebagai agama rasmi
Menguruskan kebajikan yang berkaitan pendidikan dan kebudayaan masyarakat
Di antara kebaikan yang di perolehi daripada penubuhan Majlis ini ialah seperti :
a) - Pemiawaian kurikulum di Sekolah Muhammadi.
b) - Pemiawaian kurikulum di Masjid Muhammadi.
c) - Pemiawaian kurikulum untuk pembelajaran di masjid di setiap kampung.
d) - Pemiawaian kurikulum untuk mengajar banduan dan polis.
e) - Pemiawaian kurikulum untuk teknik mengajar kepada Mubaligh. (s.g)
f) - Penubuhan pejabat Mufti.
g) - Penubuhan pejabat penterjemahan.
h) - Penubuhan percetakan kerajaan.
i) - Penubuhan perpustakaan rasmi negeri.
j) - Percetakan bulanan majalah Pengasuh pada 24-2-1918, (Tok Kenali merupakan pengarang pertama majalah tersebut )
PENUBUHAN SISTEM PONDOK
Satu wadah yang dapat yang dapat membebaskan manusia daripada kesesatan dan kejahilan
acuan modul daripada pengajian islam tradisional yang mengikuti sistem pengajaran terdahulu iaitu katatib (sekolah al-quran)
berjaya menarik sebilangan besar masyarakat selatan timur datang menimba ilmu pengetahuan
Muncul sebilangan ulama` yang bakal menyambung kerja-kerja beliau. Kumpulan ulama` ini menjadi pemimpin yang mempunyai ketokohan dan kepakaran seperti Haji Ya`qub bin Haji Isma`il,44 yang mempunyai kepakaran dalam bidang teologi, hukum hakam, perwalian dan pentafsiran Al-Quran, Shaykh Salih dan Shaykh Ahmad, dua orang pakar dalam bidang teologi, manakala Haji `Abdullah Tahir, Shaykh `Uthman Jalaluddin, Haji `As`ad bin Haji Daud, Haji `Ali Salahuddin pula mempuyai kecekapan dalam bidang hukum hakam Islam. Dalam bidang perwalian pula, Haji Ya`qub bin Ahmad, Haji Daud bin Haji `Umar dan Haji Ya`qub bin Isma`il adalah ulama`-ulama`hebat dan bertauliah
MEMBUKA KELAS PENGAJIAN ILMU
Cara pembelajaran yang hampir sama dilakukan oleh al-Jahiz
pada mulanya beliau hanya mempunyai 3 orang pelajar sahaja, lama-kelamaan kemudiannya semakin ramai penduduk yang datang dari kampung berhampiran dan luar kawasanya untuk menimba ilmu agama
PENGHASILAN JURNAL DAN MAJALAH
Memainkan peranan utama dalam mengajar tentang hakikat sebenar islam kepada masyarakat
Menghasilkan jurnal bulanan dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat bukan hanya dikalangan rakyat Kelantan bahkan rakyat negeri-negeri lain seperti Cambodia, Indonesia dan Thailand