Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara konvensional yang dilakukan setiap hari telah berubah 360° sewaktu pandemik COVID-19 berlaku di seluruh negara bahkan dunia. Justeru pengaplikasian e-learning dalam PdP merupakan satu kaedah yang terbaik bagi membantu pelajar agar objektif pembelajaran dapat disampaikan dengan sempurna. Walaupun agak sukar dengan keterbatasan infrastruktur dan infostruktur, tanggungjawab dan amanah sebagai pendidik tetap diteruskan agar pelajar tidak keciciran. Justeru, kaedah segerak (synchronous) serta tidak segerak (asynchronous) dilaksanakan bagi mengoptimumkan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdPDT) yang lebih berkesan.
Oleh itu, tahniah kepada jawatankuasa e-Learning JKA kerana memberi sokongan dan bantuan (Helpdesk) kepada para pensyarah dalam pengurusan PdP dalam talian dan penghasilan bahan PdP bagi membantu para pensyarah dalam peningkatan kemahiran dan perlaksanaan penyampaian secara atas talian.