Dalam era pendidikan moden, implementasi kemahiran abad ke-21 dipengaruhi oleh pendekatan para pendidik dalam amalan pedagoginya. Perubahan pendekatan pemusatan para pensyarah kepada pemusatan pelajar memberikan autoriti kepada pelajar untuk meneroka pelbagai maklumat. Pada hari ini maklumat bersifat global dan pembelajaran dalam talian menjadi komponen penting dalam pendidikan tinggi masa kini. Ini secara tidak langsung, peranan pensyarah berubah daripada sebagai penyedia pengetahuan kepada fasilitator atau pemudahcaraan untuk memandu proses penerokaan pengetahuan pelajar.
Oleh itu, tahniah kepada jawatankuasa e-Learning JKA kerana memberi sokongan dan bantuan (Helpdesk) kepada para pensyarah dalam pengurusan PdP dalam talian dan penghasilan bahan PdP bagi membantu para pensyarah dalam peningkatan kemahiran dan perlaksanaan penyampaian secara atas talian.