Nota Bantuan bagi Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) telah dikeluarkan oleh Pn. Maya Sofa binti Ismail, JKM. Garis Panduan ini dikeluarkan bagi membantu para Penasihat Akademik dalam menguruskan 'anak-anak' mereka secara digital.
- 7 September 2020 -
Manual pendaftaran edisi pelajar telah berjaya dihasilkan oleh pegawai eLearning JMSK. Manual tersebut adalah;
Diharap, manual ini dapat membantu para pendidik dan pelajar di Politeknik Port Dickson.
- 14 Ogos 2020 -
Satu kursus telah diadakan kepada warga PoliPD yang berminat menghasilkan video 360 menggunakan aplikasi Insta360.
Kursus yang bermula dari 20hb Julai 2020 dan berakhir pada 23hb Julai 2020 ini telah sertai oleh semua warga PoliPD, dari pelbagai jabatan dan unit.
Bahan dan nota untuk dikongsi bersama adalah seperti di bawah.
- 24 Julai 2020 -
Satu kursus secara dalaman telah diadakan kepada penyelaras-penyelaras kursus JKA, Politeknik Port Dickson.
Kursus yang bermula dari 29hb Jun sehingga 2hb Julai (DKA) dan 5hb Julai hingga 9hb Julai 2020 (DSB) telah diadakan dengan jayanya.
Kursus ini memfokuskan kepada penggunaan BigBlueButton dalam CIDOS, aplikasi Open Broadcaster Software (OBS) serta Google Meet dalam kelas.
Kursus ini diadakan kepada 4 kumpulan yang berbeza dengan mengambilkira syarat² yang digunapakai ketika PKPP. Diharap para pensyarah JKA kini telah yakin untuk mengajar secara atas talian selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan.
- 10 Julai 2020 -