Kandungan kursus ini merangkumi tiga bidang pengetahuan iaitu aspek organisasi, pengurusan serta teknik perancangan projek binaan. Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar konsep, teori dan aplikasi dalam pengurusan projek. Dalam bidang organisasi, pelajar akan didedahkan kepada konsep pengurusan dan organisasi seperti sistem dan kontigensi, persekitaran organisasi, objektif dan struktur organisasi. Manakala dalam bidang pengurusan, pelajar didedahkan kepada konsep kepimpinan, motivasi, komunikasi, dan kerja berpasukan. Bagi aspek perancangan dalam projek pembinaan, pelajar didedahkan kepada teknik analisis rangkaian dan penyelarasan sumber, garisan seimbang, perisian penjadualan projek serta Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).