PERPUSTAKAAN MAYA

IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

PAUTAN SUMBER DALAM TALIAN

Apakah u-Pustaka?

u-Pustaka merupakan salah satu inisiatif Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk menyediakan akses dalam talian kepada pelbagai sumber ilmu pengetahuan untuk seluruh lapisan masyarakat tanpa sempadan masa dan lokasi.

Klik pada button portal u-pustaka untuk pautan ke  laman utama untuk muat turun dan membaca secara dalam talian lebih dari 13 juta kandungan digital.

Apakah MyRepositori?

Banyak buku-buku lama yang telah didigitalkan dalam usaha memudahkan masyarakat mengakses bahan bacaan dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Bahan bacaan ini boleh diakses melalui pangkalan data MyRepositori PNM.

Terdapat dua kategori bahan yang dimuat naik iaitu:

1. Bahan rujukan dengan akses penuh. Ini bermaksud bahan bacaan ini boleh terus dibaca keseluruhannya secara dalam talian di mana-mana sahaja.

2. Bahan rujukan dengan akses terhad. Bahan dalam kategori ini merupakan bahan yang masih tertakluk kepada hak cipta dan diberi akses kepada 10 halaman sahaja. Halaman yang dipaparkan bertujuan memberi gambaran kepada pembaca mengenai bahan rujukan tersebut. Untuk membaca secara penuh, pembaca perlu hadir ke PNM. 

Apakah PKL eLib?

PKL eLib merupakan salah satu inisiatif Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) untuk menyediakan akses dalam talian kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa sempadan masa dan lokasi.





RAK BUKU MAYA FLIPBOOK

eJURNAL

eTESIS

Penafian: Bahan digital di dalam perpustakaan maya ini adalah untuk tujuan rujukan ilmiah sahaja dan tidak dibenarkan untuk diplagiat, dicetak atau dijual beli. Sekiranya berlaku pelanggaran melibatkan hakcipta, pihak kami tidak akan bertanggungjawab.