PERPUSTAKAAN MAYA

IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

G-REPOSITORI

G-Repositori IPG yang menyeluruh sedang dibangunkan oleh IPGM melibatkan perkhidmatan digital dan pembangunan platform yang memudahkan capaian terhadap bahan repositori institusi menerusi pembangunan laman web e-lib IPG.


Perkhidmatan digital akan melakukan kerja pendigitalan bahan rujukan dari semua Kampus IPG yang melibatkan jurnal-jurnal, tesis pelajar dan juga buku terbitan dalaman bagi 2 tahun terkini. Jumlah muka surat yang akan didigitalkan adalah berjumlah 95,000 muka surat.


Turut disediakan di dalam G-repositori adalah kemudahan pangkalan data untuk para pensyarah menjalankan kajian dan menyimpan kajian mereka untuk dikongsi kepada global dan seterusnya boleh dirujuk oleh penyelidik luar.


Secara keseluruhannya, G-repositori institut akan mengandungi imej, minit mesyuarat, tesis, artikel, lagu, video, buku dan lain-lain. Kesemua capaian bahan boleh dibuat dari mana-mana peranti internet.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

JABATAN BAHASA ANTARABANGSA: BAHASA PERANCIS

JABATAN BAHASA ANTARABANGSA: BAHASA JEPUN

JABATAN BAHASA ANTARABANGSA: BAHASA JERMAN

JABATAN BAHASA ANTARABANGSA: KOREA

Penafian: Bahan digital di dalam perpustakaan maya ini adalah untuk tujuan rujukan ilmiah sahaja dan tidak dibenarkan untuk diplagiat, dicetak atau dijual beli. Sekiranya berlaku pelanggaran melibatkan hakcipta, pihak kami tidak akan bertanggungjawab.