LAMAN UTAMA
PERPUSTAKAAN MAYA IPGKBA
Waktu Operasi:
8:00am–4:30pm ( Isnin - Jumaat )
Waktu Rehat:
1:00pm - 2:00pm ( Isnin - Khamis )
12:15pm - 2:45pm ( Jumaat )
Hubungi Kami: 03-22847525 samb. 2073 / 2070 / 2071 / 2072 / 199
Emel Pusat Sumber IPGKBA: pusat.sumber@ipgkba.ipgm.edu.my
MAKLUMAT TERKINI
MAHU AKSES PANTAS KE FAIL PDF?
IMBAS SAHAJA KOD QR DENGAN MENGGUNAKAN TELEFON ANDA!
Berikut ialah dua cara mudah untuk melakukannya.
Kaedah 1:
Menggunakan kamera telefon anda atau aplikasi kod qr
buka aplikasi kamera: kebanyakan telefon pintar moden mempunyai pengimbas kod qr terbina di dalam. Jika tiada, muat turun aplikasi pengimbas kod QR percuma dari aplikasi peranti anda.
Halakan pada kod QR: letakkan kod QR supaya ia kelihatan jelas dalam (viewfinder) pada skrin anda.
Pegang dengan stabil: kekalkan kedudukan telefon dengan stabil selama beberapa saat sehingga kod QR dikesan.
Klik pada pemberitahuan: satu pemberitahuan atau pautan akan muncul pada skrin anda. Klik pautan tersebut untuk membuka fail PDF atau laman web yang dipautkan.
Simpan PDF: fail PDF mungkin dibuka terus dalam pelayar web atau aplikasi pembaca PDF. Cari pilihan untuk memuat turun dan menyimpan fail tersebut ke peranti anda untuk bacaan luar talian.
Kaedah 2:
Mengimbas kod qr daripada fail imej pergi ke pengimbas kod qr dalam talian: gunakan laman web yang membolehkan anda memuat naik imej.
Muat naik imej: pilih dan muat naik fail yang mengandungi kod QR (seperti tangkapan skrin).
Dapatkan hasil: laman web akan memproses imej tersebut serta-merta dan memberikan pautan atau kandungan yang telah dinyahkod.
Simpan PDF: pilih pautan untuk membuka fail PDF dan simpan ke peranti anda.
TAKLIMAT PUSAT SUMBER IPGMKBA SEMPENA MINGGU HALUAN SISWA GURU MADANI (MHSG) IPG KPM 2025
📅 Tarikh: 12 Ogos 2025 ( Selasa )
🕗 Masa: 8:00am - 9:00am
📍 Tempat: Dewan Averroes Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA)
Program ini bertujuan untuk membimbing pelajar baharu dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus, memahami visi & misi IPG, serta membentuk identiti sebagai Guru Madani yang beradab, berilmu dan berwawasan.
Antara pengisian taklimat termasuk:
Pengenalan Unit Pusat Sumber IPGM Kampus Bahasa Antrabangsa.
Pasukan petugas Pusat Sumber
Kemudahan & perkhidmatan yang disediakan
Sumber akses terbuka yang digunakan
Taklimat ini telah diberikan oleh Puan Siti Norishah binti Mohamad (Ketua Pusat Sumber) dan Cik Noorzaimah binti Razali (Pustakawan). Seramai 181 orang pelajar baharu telah menghadiri taklimat ini.
SENARAI BUKU BAHARU PUSAT SUMBER IPGMKBA BAGI TAHUN 2025
SEBANYAK 86 JUDUL BUKU PENERIMAAN BAHARU DISEDIAKAN UNTUK KEGUNAAN WARGA IPGKBA
BUKU PERANCANGAN TAHUNAN IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA 2023
Berikut adalah QR CODE buku Perancangan Tahunan IPG Kampus Bahasa Antarabangsa 2023. Tuan/Puan hanya perlu scan QR Code ini untuk membacanya di dalam sebarang peranti yang digunakan atau anda juga boleh klik pautan ini untuk membacanya:
Berikut disediakan aplikasi Rak Buku Maya yang disediakan oleh Pusat Sumber IPGKBA. Rak ini mengandungi bahan bacaan yang boleh dibaca secara terus dari sebarang peranti yang anda gunakan. Rak buku maya ini akan sentiasa dikemaskini jumlah buku dari masa ke masa. Untuk melayarinya di Sites ini dengan klik SUMBER AKSES TERBUKA > RAK BUKU MAYA IPGKBA atau sila klik pautan di bawah ini:
Pangkalan data khusus untuk Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Anda boleh mengakses pangkalan data ini menerusi pautan berikut:
http://ipgm.app.deepknowledge.io
Berikut disediakan pautan Koleksi Buku Teks Sekolah Rendah untuk rujukan pengguna Pusat Sumber Maya IPGKBA. Pautan ini menyediakan beberapa koleksi buku teks sekolah rendah bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu. Pautan ini adalah pautan flipbook di dalam aplikasi anyflip. Untuk makluman Tuan/Puan, koleksi ini hanya boleh diakses di atas talian sahaja dan tidak boleh dimuat turun.
Sila klik pautan di bawah ini:
KOLEKSI BUKU TEKS SEKOLAH RENDAH
ARAS SATU PUSAT SUMBER IPGKBA
Bangunan
Pusat Sumber IPGKBA
Ruang Kerja
Kaunter Sirkulasi
Ruang Santai
Cafe
Pusat Sumber IPGKBA
PC Sistem OPAC
Ruang Galeri
Ruang Bercerita
Bilik Pameran
ARAS DUA PUSAT SUMBER IPGKBA
Terdapat koleksi surah yassin & kahfi serta Quran Al Karim
Terdapat rak buku novel berdekatan dengan Ruang Santai
BILIK KAREL
MEJA BACAAN
MEJA BACAAN
4 BUAH RAK KHAS
BAHASA ANTARABANGSA
RUANG SANTAI
RUANG SANTAI
RUANG SANTAI
SUDUT MULTIMEDIA
Terletak di hujung sudut kiri aras 2
Terdapat 27 rak buku yang disusun mengikut nombor pengkelasan DDC dan 3 jenis rak pulau ( novel, buku bahasa antarabangsa & buku lebihan )
Terletak di hujung sudut kanan aras 2
PELAN LANTAI RAK BUKU ARAS 2 PUSAT SUMBER IPGKBA
INFOGRAFIK
POSTER TATACARA KEAHLIAN uPUSTAKA
POSTER TATACARA KEAHLIAN eLIB
Penafian: Bahan digital di dalam perpustakaan maya ini adalah untuk tujuan rujukan ilmiah sahaja dan tidak dibenarkan untuk diplagiat, dicetak atau dijual beli. Sekiranya berlaku pelanggaran melibatkan hakcipta, pihak kami tidak akan bertanggungjawab.