PERPUSTAKAAN MAYA

IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

PROFIL PUSAT SUMBER IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) merupakan nadi dan penggerak ke arah pencapaian objektif Kurikulum Institut Pendidikan Guru. Ia memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sesuai dengan peranannya sebagai gedung ilmu dan maklumat, pusat sumber sentiasa berusaha menambahbaik kualiti perkhidmatan bagi mencapai objektif dan matlamatnya di samping mewujudkan suasana keilmuan yang selesa untuk dimanfaatkan oleh seluruh warga IPGKBA.


Perpustakaan Maya IPGKBA ini dibangunkan sebagai platform memudahkan capaian terhadap bahan rujukan seperti e-artikel, e-jurnal dan e-book dengan mudah, pantas dan cekap. Semoga perpustakaan maya ini dapat membantu warga IPGKBA dalam mengakses bahan pengajaran dan pembelajaran sewaktu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

FUNGSI UNIT



Mengurus dan menyediakan kemudahan akses sumber rujukan dan maklumat.

Memperkukuh penyampaian perkhidmatan perpustakaan dan maklumat.

Penyampai sumber maklumat dan bahan rujukan kepada pensyarah serta pelajar.

Memelihara warisan intelek organisasai bagi penjanaan ilmu.



Penafian: Bahan digital di dalam perpustakaan maya ini adalah untuk tujuan rujukan ilmiah sahaja dan tidak dibenarkan untuk diplagiat, dicetak atau dijual beli. Sekiranya berlaku pelanggaran melibatkan hakcipta, pihak kami tidak akan bertanggungjawab.