PROGRAM/AKTIVITI TAHUN 2026
AKTIVITI SUKARELAWAN
Tarikh: 7 & 8 April 2026 ( Selasa & Rabu )
Masa: 10:30 - 12:30pm
Tempat: Aras 1 Pusat Sumber
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, pihak Pusat Sumber IPGKBA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan Pandu Puteri IPGKBA di bawah Penasihat Pn. Saraswathy atas Khidmat bantu Arkib/Pelupusan bahan CD dan Kaset di Pusat Sumber selam dua hari di Pusat Sumber.
Terima kasih
BENGKEL LITERASI MAKLUMAT: PENGURUSAN RUJUKAN
BENGKEL LITERASI MAKLUMAT: PENGURUSAN RUJUKAN
Pada 26 Januari 2026, bertempat di Dewan Avveroes telah berlangsung Bengkel Literasi Maklumat: Pengurusan Rujukan. Bengkel ini diadakan oleh Unit Pusat Sumber dengan kerjasama Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) kepada 98 orang pelajar yang sedang mengikuti kursus XXX. Bengkel ini memfokuskan kepada teknik carian, lokasi carian yang tepat untuk bahan sokongan penyediaan literature review menerusi platform Pustaka Maya IPGKBA, E-Library IPGM, Portal U-Pustaka, MyTho, sumber terbuka dan aplikasi AI. Selain itu, fokus utama bengkel kali ini adalah untuk memperkenalkan aplikasi pengurusan rujukan Zotero untuk memudahkan pelajar membuat sitasi dengan lebih efisyen.
QURAN HOUR
QURAN HOUR
Tarikh: 16 Mac 2026 ( 26 Ramadan 1447 )
Masa: 1:00pm
Tempat: Bilik Latihan, ULDP
Staf Unit Pusat Sumber dan Unit Latihan dan Pembangunan bertadarus bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa. Memilih surah Ar-Rahman dan Al Waqiah sebagai surah yang dibaca. Terima kasih kami ucapkan kepada pentadbir yang sudi bersama sama kami bagi mengalunkan ayat suci ini.