PENGENALAN
PENGENALAN
Festival of Ideas (FOI) PTSN 2026 merupakan platform inovasi, kreativiti dan pemindahan ilmu yang menghimpunkan pelajar, warga pendidik, industri dan komuniti. Sebagai penganjuran sulung di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN), festival ini dijayakan melalui kolaborasi strategik bersama Institut Kimia Malaysia (IKM) menerusi Karnival Kimia Malaysia bagi memperkasa budaya sains, teknologi, inovasi dan TVET. Selaras dengan aspirasi JPPKK dan KPI 2026, FOI PTSN 2026 menggabungkan Hari Kerjaya, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Hari Terbuka PTSN dan Pengalaman Makmal Sebenar sebagai platform memperkukuh jaringan industri, meningkatkan kebolehpasaran graduan, mempromosikan pendidikan TVET serta menarik minat pelajar untuk melanjutkan pengajian di PTSN.
TUJUAN
Festival of Ideas (FOI) PTSN 2026 bersama Karnival Kimia Malaysia dianjurkan bagi:
Memperkukuh kolaborasi strategik antara PTSN dan Institut Kimia Malaysia (IKM) serta meningkatkan keterlihatan PTSN sebagai institusi TVET.
Menyokong aspirasi 13 Iltizam dan KPI JPPKK 2026 melalui pemerkasaan kebolehpasaran graduan, keusahawanan dan jaringan industri.
Meningkatkan pengambilan pelajar baharu dengan mempromosikan PTSN melalui Hari Terbuka dan aktiviti bersama sekolah.
Menyediakan peluang kerjaya dan latihan industri kepada pelajar melalui penglibatan rakan industri.
Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dengan mempromosikan kursus pendek dan program peningkatan kemahiran kepada komuniti.
Memberikan pengalaman pembelajaran secara hands-on di makmal moden JTKM bagi memupuk minat terhadap bidang STEM.
Hari Terbuka PTSN merupakan program yang memperkenalkan program pengajian, kemudahan dan persekitaran pembelajaran PTSN melalui pelbagai aktiviti interaktif bagi memupuk minat masyarakat terhadap bidang TVET, STEM, sains dan teknologi.
Program Aurora PTSN ialah inisiatif pembangunan kerjaya yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang pekerjaan, keperluan industri dan pembangunan profesional.
Karnival Keusahawanan merupakan program sempena Festival of Ideas PTSN 2026 yang menyediakan platform kepada pelajar dan masyarakat untuk mengetengahkan idea kreatif, inovatif serta membangunkan potensi keusahawanan.
Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan program sempena Festival of Ideas PTSN 2026 yang mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kemahiran.
Festival of Ideas PTSN 2026 merupakan program yang menghimpunkan pelbagai aktiviti kokurikulum bagi memupuk kreativiti, inovasi, kepimpinan dan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar melalui pembelajaran yang interaktif.
Karnival Kimia Malaysia (K2M) Selatan 2026 merupakan program sempena Festival of Ideas (FOI) PTSN 2026 yang bertujuan memupuk minat pelajar terhadap bidang kimia, STEM dan inovasi melalui pelbagai aktiviti interaktif serta kolaborasi bersama industri dan komuniti.