PENGENALAN
Hari Terbuka Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) merupakan program yang bertujuan memperkenalkan persekitaran pembelajaran, kemudahan dan program pengajian yang ditawarkan kepada pelajar sekolah, ibu bapa serta komuniti. Selaras dengan tema "Innovating Today, Sustaining Tomorrow", program ini mempromosikan bidang TVET, STEM, sains dan teknologi melalui pelbagai aktiviti interaktif seperti demonstrasi, pameran, simulasi, eksperimen dan aktiviti hands-on yang dianjurkan oleh setiap jabatan akademik. Pengunjung berpeluang memperoleh pendedahan awal mengenai bidang pengajian dan peluang kerjaya, di samping merasai pengalaman pembelajaran di PTSN. Penganjuran program ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara PTSN dan komuniti serta memupuk minat generasi muda terhadap bidang teknikal dan vokasional bagi melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing.