PENGENALAN

Festival of Ideas PTSN 2026 merupakan program anjuran Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) yang bertujuan memperkukuh pembelajaran holistik melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum berteraskan kreativiti, inovasi, kepimpinan dan pembangunan sahsiah. Program ini menghimpunkan pelbagai kelab, persatuan, badan beruniform dan unit kokurikulum dalam satu platform yang interaktif dan berimpak tinggi. Pelbagai aktiviti seperti Warisan Fun Quest, German Fun Corner, Ink & Art Studio, Carrom Clash, Battle of Words, Biz Challenge Hub dan Uniform Heroes Zone disediakan bagi meningkatkan kemahiran insaniah, pemikiran kritis, kreativiti dan semangat kerjasama. Penganjuran festival ini diharapkan dapat melahirkan graduan yang seimbang dari aspek akademik, kemahiran dan sahsiah, di samping menyemai budaya inovasi serta pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga PTSN.