PENGENALAN

Karnival Keusahawanan merupakan salah satu aktiviti sempena Festival of Ideas PTSN 2026 anjuran Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN). Program ini bertujuan menyediakan platform kepada pelajar dan masyarakat untuk mengetengahkan idea kreatif, inovatif serta berpotensi dikomersialkan, di samping memupuk budaya keusahawanan dan inovasi. Penganjuran karnival ini dapat menggalakkan pemikiran kritis, kreativiti serta kemahiran penyelesaian masalah dalam menghasilkan idea yang relevan dengan keperluan semasa. Selain itu, program ini turut membantu meningkatkan keyakinan peserta dalam membentangkan idea, mengembangkan potensi keusahawanan serta menghasilkan inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan industri.