PENGENALAN


Festival of Ideas PTSN 2026 merupakan program tahunan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) yang menjadi platform perkongsian ilmu, inovasi, kreativiti dan kolaborasi antara warga politeknik, industri serta komuniti, selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memperkukuh pembangunan modal insan yang kompeten dan berdaya saing. Bersempena dengan penganjuran festival ini, Program Aurora PTSN dilaksanakan sebagai inisiatif pembangunan kerjaya yang menghimpunkan pelbagai aktiviti seperti perkongsian inspirasi kerjaya, pameran dan temu duga majikan, Industry Pop-Up Talk, penerokaan kerjaya bersama PERKESO serta lawatan ke reruai pameran. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang kerjaya, meningkatkan kebolehpasaran graduan, memperkukuh kemahiran insaniah serta mengukuhkan jaringan strategik antara PTSN dengan rakan industri dan agensi berkaitan, sekali gus menyokong agenda Festival of Ideas PTSN 2026 dalam melahirkan graduan TVET yang holistik, inovatif dan berdaya saing.