Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) adalah seperti yang berikut:
Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.
Memperkembang bakat sastera dalam bahasa kebangsaan.
Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk-bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain.
Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Perlembagaan Persekutuan
Akta 213 – Akta Dewan Bahasa dan Pustaka, 1959 (Disemak 1978)
Akta A930 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Peluasan 1995)
Bahagian Komunikasi Korporat
Tarikh kemas kini : Jumaat, 22 Disember 2023