E-mel:hfauziah@dbp.gov.my
Tel: 03-21470213
Menawarkan kursus dalam bidang bahasa yang berkualiti untuk jabatan, sektor, awam, swasta, individu, penulis, editor, dan masayarakat umum.
Membina jaringan kerjasama kebahasaan dengan institusi di dalam dan di luar negara.
Sinopsis
Kursus ini mengandungi empat tajuk, iaitu penggunaan tanda baca, bentuk kata, golongan kata dan ayat. Setiap tajuk ini mempunyai tajuk kecil, jenis, penggunaannya dalam ayat, dan contoh kesalahan yang sering dilakukan. Bagi mengukur kefahaman peserta, latihan dan perbincangan turut disediakan. Setiap peserta perlulah menguasai aspek tatabahasa sekurang-kurangnya pada peringkat asas. Dengan menguasai tatabahasa, kesilapan dalam penulisan rasmi dapat dikurangkan dan peserta dapat menggunakan tatabahasa yang betul dalam urusan rasmi harian. Kursus ini dilaksanakan selama dua hari dan terbuka kepada semua pegawai kerajaan daripada pelbagai skim perkhidmatan dan individu yang berminat.
Objektif
Memberikan pengetahuan dalam aspek tatabahasa bahasa Melayu.
Mampu mengenal pasti kesalahan tatabahasa dan seterusnya membetulkan kesalahan tersebut.
Membetulkan kesalahan tatabahasa yang lazim dan mengamalkan tatabahasa yang betul dalam tugas rasmi harian.
Kandungan
Tanda Baca
Pembentukan Kata:
Kata Tunggal
Kata Majmuk
Kata Ganda
Kata Terbitan
Penggolongan Kata
Kata Nama
Kata Kerja
Kata Adjektif
Kata Tugas
Pembentukan Ayat
Latihan dan Perbincangan
Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
Mengenali dan memahami jenis tanda baca dan penggunaannya yang betul.
Mengenal bentuk kata dan golongan kata.
Mengenal pasti kesalahan bentuk kata dan golongan kata yang terdapat dalam dokumen rasmi serta membetulkannya.
Menguasai dan menggunakan bahasa Melayu yang baik dan tepat dalam urusan rasmi sama ada lisan mahupun penulisan.
Sinopsis
Kursus ini memberikan tumpuan kepada penulisan surat rasmi, memo dan minit mesyuarat. Ketiga-tiga jenis dokumen rasmi ini diperlukan dalam semua sektor pekerjaan dan merupakan pengetahuan dan kemahiran asas dalam urusan pentadbiran pegawai sesebuah organisasi. Kursus ini dilaksanakan selama dua hari dan terbuka kepada semua agensi awam dan swasta serta individu yang berminat.
Objektif
Mengenal pasti kesalahan tatabahasa yang lazim dalam penulisan dokumen rasmi dan membetulkannya.
Menggunakan bentuk sapaan dan panggilan hormat yang betul dan santun dalam penulisan dokumen rasmi.
Meningkatkan keyakinan dan kemahiran peserta untuk menulis pelbagai jenis dokumen rasmi seperti surat rasmi, memo dan minit mesyuarat dengan menggunakan bahasa Melayu yang baik, betul dan santun.
Kandungan
Kata Sapaan dan Panggilan Hormat
Sistem Ejaan Bahasa Melayu dan Tanda Baca
Kosa kata dan Ayat
Format Surat Rasmi dan Memo
Pengolahan Isi Surat Rasmi dan Memo
Penulisan Minit Mesyuarat
Format Minit
Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
Menulis dengan yakin pelbagai jenis surat, minit mesyuarat dan memo dengan menggunakan bahasa yang betul dari segi bahasa.
Mengenal pasti kesalahan bahasa yang biasa ditemukan dalam surat, minit mesyuarat dan memo serta dapat membetulkannya.
Menggunakan kata sapaan dan panggilam hormat yang betul dalam surat dan memo untuk penerima yang mempunyai gelaran tertentu.
Mengetahui peranan dalam pengurusan sesuatu mesyarat.
Berasa yakin dan berani jika diberikan tugas sebagai pencatat minit mesyuarat.
Sinopsis
Kursus ini memberikan tumpuan kepada penulisan teks pengacaraan majlis untuk majlis rasmi sektor kerajaan/swasta. Selain itu, kursus ini berfokus pada aspek kualiti pengacara, protokol, jenis majlis dan seni bahasa. Kursus ini dilaksanakan selama dua hari dan terbuka kepada semua agensi awam dan swasta serta individu yang berminat.
Objektif
Meningkat kemahiran dan keterampilan bahasa Melayu dalam penyediaan teks pengacaraan.
Membantu peserta menjadi pengacara yang baik dan serba boleh dalam pelbagai jenis majlis
Membantu peserta supaya lebih yakin dan bersedia untuk mengacara majlis
Kandungan
Pengacara Majlis dan Peranannya
Kualiti Pengacara Majlis
Persediaan Sebelum Menulis Teks
Mengenali Majlis
Mengenali Audiens
Tetamu Kehormat
Meneliti Atur Cara
Sapaan Tetamu Kehormat Diraja/Menteri Lain-lain.
Pembahagian Teks
Salutasi dan Pembukaan Majlis
Mengenal Ungkapan Kreatif
Mengenal Puisi Tradisional
Mengarang Pantun
Latihan Menulis Skrip Pengacaraan Majlis
Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
Menyediakan teks pengacaraan majlis yang relevan dam memenuhi standard bahasa Melayu.
Meningkatkan tahap penguasaan bahasa orang awam yang secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu bahasa Melayu.
Menulis teks pengacaraan majlis yang bertetapatan dengan keperluan tugas dan majlis rasmi khususnya dalam sektor kerajaan/swasta.
KURSUS CENDEKIA BAHASA
KURSUS PENULISAN DOKUMEN RASMI
KURSUS PENULISAN TEKS PENGACARAAN MAJLIS