SELAMAT DATANG
KE
AKADEMI DBP
AKADEMI DBP
AKADEMI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA atau ringkasnya Akademi DBP ialah salah satu bahagian di Dewan Bahasa dan Pustaka yang diwujudkan dengan tujuan merangka strategi dan kaedah pelaksanaan program pendidikan sepanjang hayat, khususnya dalam pengajaran bahasa Melayu, sastera dan penerbitan.
Dalam usaha mempertingkat penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kalangan masyarakat, Akademi DBP yang mula beroperasi pada 4 November 2011 telah menyediakan program latihan dan penataran dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan. Latihan ini disediakan untuk staf, golongan profesional dan masyarakat umum selaras dengan dasar kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam tiga bentuk kursus, iaitu Kursus Individu, Kursus Berpakej dan Kursus Bahasa Melayu untuk Penutur Asing.
Akademi DBP juga diamanahkan untuk mengembangkan bahasa Melayu dengan menawarkan kursus penataran ke peringkat serantau dan antarabangsa bagi membina dan memperkukuhkan kefahaman, sekali gus memperteguh sikap dan memupuk kecintaan warganya dan masyarakat awam terhadap bahasa, sastera dan penerbitan melalui pelbagai aktiviti latihan dan penataran.