PENGENALAN
Program Munsyi Dewan (MD) telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bermula dari tahun 1995.
Munsyi Dewan ialah penceramah dan fasilitator yang dilantik khas serta diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengendalikan dan menyediakan perkhidmatan tenaga pengajar atau pakar rujuk kepada masyarakat di Malaysia.
Tujuan pembinaan Munysi Dewan adalah untuk mewujudkan pakar rujuk bahasa Melayu untuk membantu DBP dalam usaha mengembangkan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta.
Peranan Munsyi Dewan tidak terhad dalam bidang Bahasa sahaja. Mulai tahun 2012, peranan Munsyi Dewan diperluas lagi kepada bidang sastera dan ilmu tulisan Jawi kerana pemerkasaan sastera dan jawi juga termaktub dalam tujuan penubuhan DBP.
Sehingga kini, Munsyi Dewan bagi ketiga-tiga kategori ini yang telah dilantik oleh DBP ialah seramai 490 orang.
OBJEKTIF
Melestarikan, memperkasakan dan mendaulatkan bahasa Melayu.
Menjadikan Munsyi Dewan yang mempunyai kepakaran dalam bidang bahasa, sastera serta jawi.
Menyelaras maklumat dan ilmu tentang bahasa, sastera dan jawi berdasarkan rujukan dan pedoman yang ditetapkan oleh DBP.
Menyelaras kaedah pengajaran dan pembelajaran berkaitan bahasa Melayu, sastera dan jawi dalam kalangan Munsyi Dewan supaya penyampaian ilmu lebih berkesan kepada masyarakat.
Meningkatkan penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar dalam pelbagai bidang, termasuk pendidikan, sains, teknologi, dan budaya.
Mendorong penulisan dan penerbitan karya-karya sastera yang berkualiti serta mengembangkan penghargaan terhadap kesusasteraan Melayu sebagai warisan budaya.
Memelihara tulisan Jawi agar terus berkembang dan digunakan dalam pelbagai bidang, terutama dalam konteks pendidikan, media, dan pelestarian budaya.
FUNGSI MUNSYI DEWAN
Menjadi pembimbing kepada masyarakat dalam hal kebahasaan.
Menjadi pakar rujuk untuk menyelesaikan kemusykilan tentang bahasa Melayu.
Mengendalikan pelbagai aktiviti bahasa, sastera dan jawi untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran kepada masyarakat Malaysia.
Membantu DBP melaksanakan dan menjayakan pelbagai aktiviti berkaitan bahasa, sastera dan jawi.
Memberi nasihat dan bimbingan kepada kerajaan, badan korporat, dan institusi pendidikan mengenai penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan rasmi, komunikasi awam, serta bidang-bidang lain yang memerlukan penggunaan bahasa yang cermat dan tepat.
Bayaran kepakaran
Elaun perkilometeran
Elaun makan minum
Tambang kapal terbang atau yang setara dengannya.
Pertimbangan untuk menghadiri mana-mana majlis bahasa anjuran DBP secara percuma.
Mendapat kad Munsyi Dewan
Mendapat watikah dan lencana khas Munsyi Dewan
Layak mendapat potongan harga buku terbitan DBP.
SYARAT PERMOHONAN
Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana atau Doktor Falsafah daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon yang memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Melayu, Linguistik atau Pengajian Melayu amat digalakkan.
Memiliki Diploma Perguruan dalam bidang Bahasa Melayu dan memiliki pengalaman mengajar bahasa Melayu sekurang-kurangnya 10 tahun.
Bersedia membantu DBP menjayakan program kebahasaan.
Bersedia menghadiri Kursus Pembinaan Munsyi Dewan (Bahasa) dan menduduki ujian kelayakan dengan yuran penyertaan sebanyak RM50.00.
Bersedia menghadiri Bengkel Pembinaan Munsyi (Bahasa) setelah lulus ujian kelayakan dengan yuran penyertaan sebanyak RM 300.00.
Munsyi Dewan (Bahasa) akan ditauliahkan dalam satu majlis yang akan ditentukan oleh DBP.
Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana atau Doktor Falsafah dalam jurusan Kesusasteraan Melayu Moden atau Tradisional daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Memiliki hasil karya penulisan sendiri seperti novel, cerpen, puisi, esei, teori dan kritikan sastera atau biografi.
Bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti kesusasteraan pada peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.
Bersedia menghadiri Bengkel Pembinaan Munsyi Dewan (Sastera) 2023 dengan bayaran yuran pendaftaran RM 50.00 dan yuran bengkel RM300.00.
Munsyi Dewan (Sastera) akan ditauliahkan dalam satu majlis yang akan ditentukan oleh DBP.
Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana atau Doktor Falsafah daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon yang memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Melayu, Linguistik atau Pengajian Melayu atau Bahasa Arab amat digalakkan.
Memiliki Diploma Perguruan dan pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun atau Pegawai Hal Ehwal Agama yang telag berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun.
Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam mata Pelajaran Bahasa Melayu.
Bersedia membantu DBP menjayakan program berkaitan Jawi dan tulisan Jawi.
Bersedia menghadiri Kursus Pembinaan Munsyi Dewan (Jawi) 2023 dan menduduki ujian dengan yuran penyertaan sebanyak RM 50.00.
Bersedia menghadiri Bengkel Pembinaan Munsyi (Jawi), setelah lulus ujian kelayakan dengan yuran penyertaan sebanyak RM 300.00.
Munsyi Dewan (Jawi) akan ditauliahkan dalam satu majlis yang akan ditentukan oleh DBP.
Membuat permohonan dengan mengisi borang.
Pihak Akademi DBP akan menghubungi pemohon tentang permohonan.
Pemohon akan diberikan ujian penilaian secara bertulis sebelum menyertai kursus Munsyi Dewan.
Sekiranya pemohon lulus/layak pada ujian penilaian tersebut, pemohon akan dipanggil untuk menghadiri kursus Munsyi Dewan selama dua hari.
Pemohon akan diberikan ujian penilaian pada hari kedua sesi terakhir.
Sekiranya pemohon lulus dalam ujian penilaian tersebut, pemohon akan dipanggil untuk menghadiri bengkel pembinaan Munsyi Dewan selama 3 hari dan sekiranya lulus pemohon akan ditauliahkan sebagai Munsyi Dewan.